D'NGENDAP!!!

count webpage traffic


Officially a blogger since:
Sunday, February 22, 2009, 11:58 PM

Monday, July 27, 2009

Bon Odori 2009..!!

Bismillahhirahmannirrahim..

18July arituh rein dgn rakan2 bestie rein (Haziq,Fatin,Alan,dan sHizo) pergi ke festival jepun Bon Odori kt stadium Matshushita Shah Alam. First time pergi upacara nih. Plan nak ke sini dah lama sebenar~ dari sem lepas bestie rein nih dah janji.Katanya kt sana ada jual macam2 makanan jepun. Itu yg buat rein teruja..Hahha (bkn kaki melantak ehk).Tatkala orag lain sedang sibuk nk poe tengok MU kt bukit jalil. Yang lain nih pulak pergi serbu stadium kt sh.Alam nih tak kurang hebatnya. Rein baget orang yg datang kt festival nih lagi ramai dari yg tgk bola.Tak Percaya?? Bole tgk pix yg rein uPloadkan nnt.



Nak taip panjang pon dah xreti~ So nk di ringkaskan rein pergi sana selain mahu merasai sendiri camne sambutan BON ODORI nih. rein jugak mahu menikmati makanan jepun yang menarik macam sushi~ ramen~ nasi kari~(my feveret..:P) dan macam2 lg.Semua harga bagi menu tuh dijual dengan harga berpatutan. yang pasti part yg joget ramai2 tu yang seronok.Heheh.Bertambah menarik lagi pula ramai amoi2 yg cute-cute. Ada pulak datang dengan mengenakan pakaian "KIMONO". Perghhhh~. Cair beb~.heheh..Tak percaya Jugak?Haaa..tengok kt bawah nih ada salah satu yg sempat rein snap dgn yg rakan2..:P


Lastly~sedang sibuk snap picture gelagat orang yang datang. terlupa plak nak snap picture sendri.heheheh..dalam kul10 lebih tamat sudah upacara tuh.Sebelum tuh sempat gak bergambar ramai2 utk kenangan.hehe~kenangan terindah.cheeewah~


tazkirah: "Demi dzat yang diriku ada ditanganNya, tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hambaNya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya.."-Hadis riwayat Muslim

Sunday, July 26, 2009

Ciri-Ciri Seorg Kawan yg best bg REIN

Bismillahhirrahmannirrahim..

kali nih rein nk beri pandangan rein tentang ciri2 kawan

*Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya
anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang
langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik
untuk anda.

*Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap
orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda
menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang
mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara
satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

*Hargai pendapat satu sama lain.

*Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama
24jam.

*Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan
anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

*Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca
fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda,beritahulah.
Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan(stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

*Belajar daripada satu sama lain.

*Jangan mengata di belakang kawan anda.

*Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

*Last skali Bersahabatlah dgn org yg dh baca blog rein ini then dia bgtau kawan2nya yg lain kerana dia seorang sahabat yang paling best.. naper? tak percaye ker? huhu~

Saturday, July 25, 2009

"Al-fatihah buat YASMIN AHMAD..:'("



Bismillahhirrahmannirrahim...

Malam td sedang rein asyik leka main internet.Rein dapat 1 berita dr kawan myspace rein (Azim Summer Love). Dia beritahu yg pemergian seorang "Insan yg Unik" bagi rein.iaitu Yasmin Ahmad. Rein meminati beliau kerana hasil kerja dan idea yg cuba disampaikan penuh makna tersurat dan tersirat. Beliau juga mghasilkn filem yg juga dapat diiktiraf serta menang di peringkat Antarabangsa.Antara filemnya ialah spt SEPET,GUBRA,GUBRA,MUALAFF,MUKHSIN & TALENT TIME. Tak kurang hebat juga iklan TV yg dihasilkan nya sempena merdeka dan hari raya. Bagi rein dia seorang insan yg betul2 memahami erti KEHIDUPAN lalu menyampaikannya dlm semua hasil kerja filem dan pengiklanan.

Rein dapat tahu bahawa beliau sudah lebih 2 hari berada dalam koma akibat serangan strok dan pendarahan dalam otak, pengarah filem handalan, Yasmin Ahmad, 51, akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini, jam 11.25 malam tadi, Sabtu.Yasmin meninggal akibat pendarahan yang terlalu banyak pada otaknya.Jenazah arwah pula akan dimandikan dan disembahyangkan di sebuah masjid di SS19. Kalau tiadal aral melintang jenazah arwah akan dikebumikan sebelum waktu Zuhur.

Allahyarham Yasmin sebelum ini telah rebah akibat serangan strok di Sri Pentas, TV3, di Bandar Utama, kira-kira jam 3.10 petang pada Khamis, 23 Julai lalu. Ketika itu beliau sedang membuat pembentangan kertas kerja untuk satu projek terbaru di depan kakitangan pengurusan TV3 dan juga penyanyi terkenal, Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Beberapa jam selepas dimasukkkan ke pusat perubatan itu, Allahyarham telah menjalani pembedahan pada bahagian otak dan terus berada dalam keadaan kritikal sehingga ke detik akhir.

REIN mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham. Al Fatihah.

Friday, July 24, 2009

12 SIFAT SAHABAT

Bismillahhirrahmannirrahim..

1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.

2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.

3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan
membantumu.

4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.

5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.

6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.

7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.

8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.

9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).

10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.

11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.

12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan

Wednesday, July 22, 2009

Derma Dara lagi?hahhahaha..

Bismillahhirahmannirahim...

Hahahaha.jgn salah faham.Sebenarnya harinih kt kampus rein ada buat event BLOOD DONATION.Hehe.bab-bab kena mengena dgn darah rein memang minat.so rein pon pergilah mendaftar.Setiap kali mendaftar saja.rein akan beritahu yang rein first time derma.Erkk~sebenarnya lps dh derma.buku kecil yg warna merah tuh rein campak bersepah.Malaz nk cari balik.huhu.Sepatutnya setahun hanya boleh derma 2kali shj.tapi rein dlm setahun dh xingat berapa.huhu~So nk jadikan cerita.rein pergi derma darah dgn kawan rein masa diploma dlu.Faiz namanya.Dia masing single~hahah.KalO dia xdtg.rein pon xkan pergi derma pon.Ada 3kaunter disediakan.First skali kaunter utk lihat darah kita jenis apa.Second kaunter is consult about our health.third kaunter tu ape lagi.cucuk jarum r~adoi!!.hahaha.kalo nk di'ikutkan rein xle nk menderma.sbb rein belum makan pape pon dr pagi.Nnt badan akan betul2 lemah.tp rein ckp dgn doktor tuh sume tuh rein dh buat.maaf~tipu sunat.So kali nih nurse yg nkamk darah adalah jenis dara2.hahah.sbb sebelum nih rein dpt mak2 org jew.hazap betul.kuikuikui~tp nurse2 dara nih sombong r.kerek seh.kalo org2 jenis kerek nih.memang rein akn wt dia smpai bengang.hahah.mule2 rein skat tnye nama.Then rein tanye pasal kebaikan derma darah nih ape sampai la ke isu2 semasa.hahah.bertuah la sape dapat penderma darah mcm rein nih.kikikiki~tp xjgk.nurse tu amk peluang kenakan rein sampai 2x inject bius kt tgn.sakit tuh~nasib baik dia cantik.That time bru terfikir.kan best kalo nurse mak2 org yg amik alih tugas nih.baru happening skit.mcm yg lepas2 (sila rujuk post yg dulu).xsampai 5minit darah rein dh full 3paket.mangai~ byk diorang amik tuh.Tapi si faiz nih plak~senyp je sambil layan lagu jason miraz.heheh.Last skali disebabkn xmahu disakat oleh rein.Nurse yg surve kitorang td bertukar kepada nurse mak org(indian).She so sweet.Cakap pon lemah lembut.Xmacam nurse dara tuh.mybe dia xcukup pengalaman lagi kot.So lepas rein n faiz dah settle derma.Apalagi~ part yg paling best.Dapat makan free!!!!yay~ tp utk sem nih xmeriah cm sem lepas.xdpt byk stuff.sem lepas rein dpt BRG PERCUME SAMPAI beg plastik besar.sem nih ckit jew.huhu.apa2 pon.janji kita nk menderma IKHLAS~

Inilah rein dapat lepas derma darah.Buah tangan dari Bank Darah Negara


P/S:
Maaf~ rein 21-25hb kne g Tanjung Rhu.Ada kursus Biro Tata Negara utk wakil kampus.So later rein akn update blog ehk..Jagadiri semua~

"Sesungguhnyasegala urusanNya apabila ALLAH mengkehendaki sesuatu, Dia hanya berkata: Jadilah!! Maka jadilah ia..." (surah Yasin:Ayat 82)

Sunday, July 19, 2009

tips 5 Cara Pilih Sahabat

Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat

NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:


PERTAMA:
Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan
diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.

KEDUA: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungka n (menyebutnya) .

KETIGA: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan
dirimu ia suka menutupinya.

KEEMPAT: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,
pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada
sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.

KELIMA: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan
bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu
persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih
dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala
matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir
kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan
dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Harry Potter

Bismillahhirrahmannirrahim..

well~ 16hb bersamaan khamis mlm jumaat. rein n bestie (Alan, Fatin, sHizO, and hAziq) pergi menonton cerita yg dimaksud oleh gambar disebelah. F.Y.I Inilah first time rein tgk movie harry potter kt wayang. sebab selama nih tgk kt cd jew. Lagipon xikut sgt, nk tgk sbb watak Hermione Granger tu jew. i like her very300x MUCH.Kan best kalo boleh jadi calon bini. haha. selera besar rein nih. sO m0vie kali nih kali ada 5 bintang rein bg 3 jew~. yela~ bkn ikut sgt ponkn.hehe.but then citer nih byk membuat rein tertanya2.Sampai dh keluar panggung pon. rein bertanya2. So bestie rein la jd mangsa. sebab 1 of them dah khatam baca buku 7 novel season J.K.Rowling tuh. well~kepada yg belum menonton tuh.kalo nk feel.rein rasa.better tggu CD or DVD kluar.ok.heheh.Sebenarnya ada kisah yg berlaku sebelum rein menonton wayang.memang lawak giler.Tapi biarlah rein dgn kawan2 baik rein saja yg tahu.Malu kot~hahahahahaah..

p/s:
Ren ada g festival jepun bon odori.later rein post.ok~

"Patutkah manusia menyangka bahawa mereka akan dibiarkan dengan hanya berkata: Kami beriman!, dan mereka tidak akan diuji (dengan sesuatu cubaan)? dan demi sesungguhnya, Kami telah menguji orang yang terdahulu daripada mereka, maka nyata apa yang diketahui Allah tentang orang yg sebenar-benarnya beriman.." Surah Al-Ankabut: ayat 2&3

Wednesday, July 15, 2009

Daicon@MMU CYBERJAYA

Bismillahhirrahmannirrahim..

Asslmmualaikum..hai everyone!!!
Maaf sebab rein dh lama xUPDATE BLOG.Mgambil masa yg lama utk berkabung~ Now im back.you all know what DAICON? It a celebration of Japanese modern visual culture~.Event nih berlangsung at MMU CYBERJAYA. There are so many thing happen there, Cosplay Player Competition, Karaoke, Gundam Competition, Booth2 from Sonic Gear,Animax,Fasio,and stuff yg jual cenderahati pasal anime (byk giler jual2) serta yang paling utama Konsert Artis from Japan Chihara Minori (xsangka ramai peminatnya dr malaysia). Rein disana in charge bahagian DOUJIN.Event nih berlangsung 2 hari.Macam2 cosplay rein jumpe.huhu.Layan beb~ rein bwk Camera 40D hari sabtu tu jew~ ahad rein lupe nk bwk.Sbb xmenang tangan r beb.huhu.Here gOt some pixture that i snap and my friend Haziq..



ada pix lain..later rein upload.laptop rein wat hal plak..

Tazkirah:
"..Dan boleh jadi kamu benci akan sesuatu, sedangkan ia baik bagi kamu. Dan boleh jadi kamu kasihi sesuatu, sedangkan ia melarat bagi kamu. Dan ALLAH mengetahuinya, tetapi kamu tidak mengetahuinya..." Surah Al-Baqarah ayat 216

Tuesday, July 14, 2009

Pesanan Utk Rakan Semua. Ikhlas~

Bismillahhirahmannirrahim....

Hi kawan2, post kali nih bukan niat utk rein memerli.tapi sekadar mengambil kesempatan untuk muhasabah diri.Kadang kala kita leka dgn dunia kehidupan kita.so dikesempatan yg ada.Apa kata kita luangkan masa sedikit utk meghargai seseoarang yg kita paling sayang di dunia.Moga2 dapat berkat dari keihklasan hati.Insya'ALLAH...AMIN~


Salam,

Dato' Dr.. Fazilah Kamsah pernah berkata......." setiap pagi sedekahkan al-fatihah kepada kedua ibu bapamu (tak kira masih hidup @ telah tiada) "......... nescaya pintu rezekimu akan terbuka buat kamu...

Berdasarkan Hadith Nabi : "Tidak akan terputus rezeki seseorang selagi dia tidak meninggalkan doa kepada kedua orang tuanya dalam sehari"

Huraian hadith:

- jangan sesekali meninggalkan doa kepada kedua ibubapa (baik yang hidup mahu pun yang sudah tiada)

- Allah akan memurahkan rezeki kepada mereka yang tidak putus berdoa kepada kedua ibu bapa (walaupun ada ibu bapa yang leka, doakan agar mereka berubah)

- Ingatlah bahawa keredhaan ibu bapa adalah keredhaan Allah

- Semasa berdoa, berdoalah dengan bersungguh2....tadah tangan dan bayangkan wajah kedua orang tua kita, termasuk guru2 kita dan mereka yang banyak menolong kita (berdoa perlu benar2 bersungguh2)

- Mereka yang lupa berdoa kepada kedua orang tua, akan disempitkan rezeki oleh Allah

Kesimpulannya:

- Bagi yang berniaga, tak perlu ada ilmu pelaris....Cuma jangan lupa doakan ibu bapa kita setiap hari

- Rezeki bukan sahaja berupa wang ringgit, tetapi segala nikmat yang kita dapat dari Allah (e.g. makan, kesihatan, kasih sayang, ilmu dsb nya..)


Wassalam.

Sama samalah kita berdoa untuk kedua ibu bapa kita.
AL FATIHAH UNTUK MEREKA