D'NGENDAP!!!

count webpage traffic


Officially a blogger since:
Sunday, February 22, 2009, 11:58 PM

Thursday, August 27, 2009

Hadith utk org berpuasa..

Bismillahhirrahmannirrahim...

hi kawan2 semua!!! so how your fasting so far? heheh.I'm feeling great when start fasting this month.This month is very special to me.So rein wanna share fadhilat for people who are fasting.I'm sure u guy gonna like this.Actually there many ffadhilat we can get but this one of them..

Syurga Ar-royyan Untuk Orang Yang Berpuasa

Hadith :
Daripada Sahl bin Sa’ad berkata: Bersabda Nabi s.a.w. “Sesungguhnya di syurga ada pintu yang bernama ar-Rayyan tempat masuk orang-orang yang berpuasa di hari qiamat. Tidak dapat masuk daripada pintu itu kecuali orang yang berpuasa, dipanggil oleh penjaganya:”Dimanakah orang – orang yang telah berpuasa?” Dan tidak dapat masuk ke situ kecuali mereka yang berpuasa saja, dan jika semuanya telah selesai masuk, maka pintu itu ditutup, dan tidak masuk melaluinya melainkan mereka yang berpuasa saja.”
(Bukhari & Muslim)

hUraian..
Sesungguhnya ujian daripada puasa itu amat besar. Oleh itu kedudukannya di sisi Allah S.W.T sangat mulia di mana Allah menyediakan pintu khas ke syurga yang dinamakan ar-Rayyan. Malaikat yang menjaga pintu tersebut akan menyeru dan memanggil orang-orang yang berpuasa untuk dimasukkan ke syurga melalui pintu ar-Rayyan yang dijaganya dan tidak ada yang dapat melaluinya melainkan mereka yang layak saja.


Hadits :
Dari Zaid bin Khalid al-Juhhani r.a,. dari Nabi SAW sabdanya, “Siapa yang memberi makan (berbuka) kepada orang yang berpuasa, ia akan mendapat pahala seperti orang yang berpuasa itu dan pahala orang yang berpuasa itu tidak berkurangan walau sedikitpun”.

(At-Tirmidzi)
hUraian
1. Umat Islam yang berpuasa Ramadhan dianjurkan melakukan amal soleh sebanyak mungkin seperti bersedekah, menolong orang yang susah, memberi atau menjamu makanan bagi orang yang berpuasa dan sebagainya karena sedekah yang paling afdhal ialah bersedekah di bulan yang mulia yaitu di bulan Ramadhan.
2. Islam merupakan agama yang sangat menitikberatkan keharmonian dan kesejahteraan masyarakat. Oleh itu segala perkara yang dapat melahirkan kasih sayang dan hormat menghormati di antara satu sama lain tidak pernah diabaikan.

Thursday, August 20, 2009

Mahu follow blog kamu semula!!!

Bismillahhirrahmannirrahim...

salam..
kenapa jadi macam ni Rein pun tahu..
mungkin ada yang menggodam blog rein...
mungkin ada yang buat dajjal kat rein..
mungkin ada yang sabotaj ke....
tak tahu lah beta...

pokoknya beta mahu kembali "membuntuti" blog2 kalian..hee~
sila tinggalkan link jika mahu..
Rein sgt malas nk track balik blog2 yang rein follow..(sbnrnya dh lupe spe yg rein follow)
hee~ tapi tiada sebarang paksaan untuk melakukan sedemikian...mahupun pksaan untuk rein meng-follow ok..


**Selamat berpuasa semua!!! Insya'allah..rein akan buat bisnes kuih raya.Tunggu!!! (^_~)

Wednesday, August 19, 2009

Bismillahhirrahmannirrahim..

salam~
dah lama dah nk post nih...tapi asyik tangguh je..kali nih rein postkan lah jugak...mungkin dah ramai yang taw...tapi rein nak jugak postkan!
;)heee~~

Ilmu ni Rein dapat masa melawat blog rakan2..Dengan penjelesan yang jelas dan padat,fahamlah rein pasal bnda nih..so nih nak kongsi la nih haaa~


Imej dari hubble telescope di angkasa raya

bunga ros merah~

Maka apabila langit telah terbelah dan menjadi merah mawar seperti kilauan minyak. Maka nikmat Tuhanmu yang manakah yang kamu dustakan?
Surah Ar-Rahman 55:37-38

Al-Quran menjelaskan tentang terbentuknya alam semesta ini melalui surah Al-Anbiya (surat ke-21) ayat 30 disebutkan:

"Dan apakah orang-orang kafir tidak mengetahui bahwasanya langit dan bumi itu keduanya dahulu adalah suatu yang padu, kemudian Kami pisahkan antara keduanya. Dan dari air Kami jadikan segala sesuatu yang hidup. Maka mengapakah mereka tiada juga beriman?"

Lalu dalam Quran surat Fussilat (surat ke-41) ayat 11 Allah berfirman:

"Kemudian Dia menuju langit dan langit itu masih merupakan asap, lalu Dia berkata kepadanya dan kepada bumi: "Datanglah kamu keduanya menurut perintah-Ku dengan suka hati atau terpaksa". Keduanya menjawab: "Kami datang dengan suka hati".

Asap dalam ayat tersebut di atas menurut para ahli tafsir adalah merupakan kumpulan dari gas-gas dan partikel-partikel halus baik dalam bentuk padat mahupun cecair pada suhu yang tinggi mahupun rendah dalam suatu campuran yang lebih atau kurang stabil.

credits to:http://agusset.blogspot.com/2005/07/proses-terciptanya-alam-semesta.html
*heee~~ x sempat nk buat copyright..copypaste pon jadilah kan...*

Monday, August 17, 2009

Mari senyum ketawa sebentar~

Bismillahhirrahmannirahim..


Memandangkan kelas photography rein harinih sekejap shj.Sebab chemad(lecturer) mahu check hasil artwork.takut beb~ sbb dia mmg jenis yg teliti dan kemas.Tapi alhamdulillah..hasil work rein 1 of the best (tgk r hasil capture rein at post before.fullfill requiredment).huhu~.settle je hantar rein dibenarkan balik.sO apa lagi,angkat kaki blah r~huhu.lagipun rein puasa harinih.tHanks kpd abg Faiz yg byk dh beri tunjuk ajar pd rein.sahabat yg baik~ sO blk bilik apa lagi on9 la cari bahan..tibe2 terjmpe plak video nih..

siyesly...prank ini sangat lucu!
Sila gelak! ;)



moral:
1) jangan berjalan di lorong sepi
2) jangan berada di lorong sepi seorangan atau berdua-duaan. Just so you know, berdua dengan lain jantina laaagi bahaya okaayy~
3) Sila jangan perasan yang dikejar itu adalah anda, kalau tak jadi mcm yang baju oren tu melekat kat dinding..mungkin terlalu malu~HAHA!
4) jadilah berani seperti Makcik yang last tadi tuh..

bye~ salam..
;)

Saturday, August 15, 2009

Ada siapa2 yang baik hati??

Bismillahhirrahmannirahim..

Ternampak satu makhluk ciptaan tuhan nih.stay je duk diam2 pada bahu tuannya~ so CUTE!!!biler tgk tuannya bermain dgnnya.sweet sgt~

1st time tgk sangat comel...
Tapi RM300 Sekor...
Saper nak derma..
Tolong...
Aku punya ingin untuk memilikinya...
:D

Thursday, August 13, 2009

Persediaan Sebelum menyambut puasa..

Bismillahhirrahmannirrahim...

memandangkan tak lama lagi kita akan menyambut bulan ramadhan. jadi rein terfikir.marilah anda semua membuat persediaan.Tak salah kita membuat pekara yg baik untuk diri sendiri.ok~.so apa yg nak rein kongsikan ialah..

"Petua Mencuci Hati oleh Datuk Dr Haji Fadzilah Kamsah

Segala aspek kehidupan ini bermula daripada hati. Oleh itu, dibawah ini ada beberapa cara bagaimana hendak mencuci hati, diolah oleh pakar motivasi Datuk Dr. Haji Fadzilah Kamsah.

1. Dirikan solat dan banyakkan berdo'a - Ini adalah salah satu kaedah yang sungguh berkesan. Semasa berdo'a turut katakan: "Ya Allah, jadikan hatiku bersih."

2. Selawat keatas Nabi Muhammad s.a.w paling minima 100X sebelum tidur. Ini merupakan satu pelaburan yang mudah dan murah. Disamping dosa-dosa di- ampunkan, otak tenang,murah rezeki, orang sayangkan kita dan mencetuskan semua perkara kebaikan.

3. Solat taubat - Selain daripada memohon keampunan, dapat mencuci hati dan menenangkan minda.

4. Membaca Al-Quran - Selain dapat mencuci hati juga menenangkan jiwa, penyembuh, penenang, terapi. Sekurang- kurangnya bacalah "Qulhu-allah" sebanyak 3X.

5. Berma'af-ma' afan sesama kawan setiap hari - Semasa meminta maaf perlu sebutkan.

6. Bisikan kepada diri perkara yang positif - Jangan sesekali mengkritik, kutuk diri sendiri, merendah-rendahkan kebolehan diri sendiri. Katakan lah: "Aku sebenarnya.. ....(perkara yang elok2 belaka).

7. Program minda/cuci minda - Paling baik pada waktu malam sebelum tidur, senyum, pejam mata. Katakan didalam hati: "Ya Allah, cuci otak aku, cuci hatiku. Esok aku nak jadi baik, berjaya, ceria, bersemangat, aktif, positif."
Menurut kajian saikologi, apa yang disebut sebelum tidur dapat dirakamkan sepanjang tidur sehingga keesokan harinya - CUBALAH!!).

8. Berpuasa - Sekiranya dalam berpuasa, terhindar dari melakukan perkara2 kejahatan.

9. Cuba ingat tentang mati (Sekiranya hendak melakukan sesuatu kejahatan,tidak sampai hati kerana bimbang akan mati bila2 masa).

10. Kekalkan wuduk.

11. Bersedekah..

12. Belanja orang makan.

13. Jaga makanan - jangan makan makanan yang subhat (was2, tidak pasti halal atau tidak).

14. Berkawan dengan ulama.

15. Berkawan dengan orang miskin (menginsafi) .

16. Pesan pada orang, jadi baik.

17. Menjaga pancaindera (mata, telinga, mulut... dsb). Jangan dengar orang mengumpat.

"Sampaikanlah pesanan ini walaupun 1 ayat."

"Dan tuntutlah dengan harta kekayaan yang telah dikurniakan Allah kepadamu akan pahala dan kebahagiaan hari akhirat dan janganlah kamu melupai bahagianmu (keperluan dan bekalanmu) di dunia.."

SELAMAT MENYAMBUT KEDATANGAN BULAN RAMADHAN AL MUBARAK
&
SELAMAT BERPUASA

Tuesday, August 11, 2009

Satisfied..!!!

Bismillahhirrahmannirrahim...


Yay~akhirnya rein kembali ke kehidupan sebenar. Life student~ huhu.Yela,cuti pon macam xrasa cuti.Dah masuk kampus nih.Dapat gak jumpe kawan2 yg disayangi..huhu.

tetapi...kalo difikirkan semula.Cuti rein nih xde la more buat pekara yang xberfaedah (i guess..).

1.Pergi air terjun utk snap picture asgnment (enjoy dgn bdk2 kelas.huhu.yg lg xle blah.rupe2nya salah sorang bdk kelas rein adalah 2pupu.ahak)

2.Pergi gathering iCon~.dapat kenal kawan baru.dapat jumpe adik kejap~lalalala



3.Pergi wat photoshoot dgn talent (my sweet friend).she look geogeous with her kebaya.






4.pergi ikut my cousin ke UITM Kuala Pilah.tgk kawasan diorang,asrama,kemudah2 yg lain.tp yg xbest.adeh~ student sana mcm xpernah tgk orang.(xske dipandang semacam,xsenang nk gerak)


5.Main kompang umh orang kawin.huhu~dh lama xbuat h0bi nih.dengan generasi2 baru nk naik..habis main orang lain makan.tp rein g capai mic.hahah.melalak la apo laie~






6.Keluar dengan cousin teman dia layan shisha~ kul3-6.(walaupun ngantuk~)



7.Belajar buat kek coklat dgn mak tiri~.huhu.buatnya 5talam.habis dikerjakan tetamu yg datang umh..bangga beb!!walaupun xsempat merasa
**Time nih xterfikir nk amk gambar..huhu~

8.pergi umah mak sedara (maklong).rindu dengan masakan dia.nyum~nyum~
**Time nih pun sama.xterfikir nk amk gambar..huhu~


9.My dad belikan baju.hahah.setelah bertahun lamanya dia xpernah nk buat sebegitu.Thanks ayah!! Sayang ayah!! sbb belikan seluar adidas dgn baju polo tuh..bangga kalo angah pakai~


10.Keluar pergi celebrate harijadi kawan kepada ex-adik angkat dulu. Karaoke kt redbOx and drive kereta honda civic dia.wuhOoooo~(dh lama xbawak kereta sebenarnya)
**Atar request dr kwn tuh.dia mnta supaya xpublish mukenya..:(

Hmm...tu je kot.yang pasti.dapat habiskan masa dengan family and adik beradik tersayang. serta denagn kawan2 yg rapat time susah dan senang.huhu.sampai disini sahaja..Assalammualaikum~

p/s: Sekarang sudah kembali ke kampus..cerita terbaru akan di postkan kemudian :P

Saturday, August 8, 2009

Midterm Break+Photoshoot with talent=Task No.2

Bismillahirahmannirahim..

Akhirnya~ berjaya juga rein settlekan assignment photography nih. Seperti yg kalian baca pada post yg lepas. Rein dikehendaki mengambil gambar WATERFALL.Tetapi berbeza pula pada kali ini, rein dikehendaki mengunakan talent bagi menyempurnakan task yg ke-2.iaitu..

1. Shallow DOF


2. Great DOF



Lama jugak rein nk kena paham 2-2 konsep nih.pening nak adjust bg betul.Anyway~ thanks a lot to my talent sebab sudi bekerjasama dgn rein.Juga tidak dilupakan adalah PA nya~merangkap abang kepada si talent.Lokasi utk sesi photography ialah di Muzium Negeri Sembilan.Waktu pengambaran sekitar 10.30-11.30.Sekejap jew~tak lama.Atas rasa terhutang budi pada talent nih sebab sudi tolong rein.Jadi~ rein belanja la dia dan abangnya lunch di Restoran Santap Corner dalam Seremban Parade.Penat kowt~ berpeluh2 kami.huhu.sekalung budi rein ucapkan.

Tema yang rein kenakan adalah tradisional.Berdasarkan konsep ini, rein gunakan pakaian tradisional (Kebaya Nyonya) bagi menampakkan expression bersama background rumah tradisional lama dan usang.Idea asal rein ialah ingin berlatar belakangkan sawah bendang.talentnya pula adalah adik perempuan rein sendri.sebab dia belajar di politeknik kedah.Tetapi memandangkan ia melibatkan banyak kos serta kebetulan poli adik perempuan rein itu di kuarantin atas sebab wabak selesema oink2~.Maka terbatallah idea itu..nasib baik ada back-up idea.Orait~ itu saja yg rein dapat kongsikan setakat ini.salam muhibah~

Friday, August 7, 2009

Cuti Midterm + Assignment Photography = ???

Bismillahhirrahmannirrahim..

Al-kisah~ memandangkan rein sedang bercuti MIDTERM selama seminggu~ (kejap gilew!!). Ado pulak assignment kelas photography nih.adoyai~ nama tugasan ini adalah MOTION STUDIES.dah tuh ado 2 task plak rein kena buat. Salah satunya rein kena snap gambar WATERFALL.Kenapa??Sebab rein kena improve skill belajar tentang pekara nih..

1. Stopping Motion - Fast Shutter Speed

2. Implying Motion - Slow Shutter Speed



Perbezaan antara no.1 dan no.2 senang sahaja.Xperlu rein terangkan.Korang hanya bezakan gambar sahaja.Nanti korang akan faham..


Hmm..dapat bezakan x? Hope~dapat. Itulah yg rein perlu belajar tentang 2 pekara itu tadi. Satu lg punyer task pula adalah tentang lain pula, rein perlukan talent untuk tugasan tuh. next post nanti rein ceritakan~ sebab rein belum mula lagi tugasan itu.huhu. Nak cari talent bukan senang beb. dapat plak yg ada meletakan harga. Adoiyai~ parah rein. Tapi nasib baik rein ramai kawan. Sudi diorang membantu..Thanks gurl~

F.Y.I pixture waterfall ini rein snap dekat SUNGAI GABAI. Rein datang sana pon bersama CLASSMATEs DMnians. Thanks kepada ayu kerna membawa kereta yg besar (hyundai starex) dan dapat mengangkut semua DMnians. Perjalanan rein ke sana banyak PITSTOP.haha. Nak tau kenapa? pada awal 7 pagi rein sudah bangun utk tggu di PITSTOP yg pertama (bus stop depan campus). Then classmates rein jmput smpi dekat2 pkul 8 jgk (huhu..lamo bonar tggu sampai sakit perut den).Sementara yg menunggu rein nih pulak. Mereka pergi mengisi minyak. Sampai2 nak jemput rein, dimaklumkan pula x isi mnyak lg. Rupe2nya~ tangki minyak xle bukak (al-maklumlah kereta baru..huhu).So perjalanan diteruskan juga utk PITSTOP yg ke-2. Dimana rein follow ayu~ ke rumah beliau utk amik SMARTAG. haha. Lepas amik smartag tu jugak terus pergi isi mnyak kereta. Settle isi minyak. PITSTOP yg ke-3 adalah ke sunway. Amik my classmates juga. JAJA.huhu~time nilah sesat jalan.haha. Setelah itu, pergi ke PITSTOP yg ke-4 di Ampang Point. Disana ada rakan2 classmates rein yg lelaki menunggu (Aley~,Remy, Ayin dan Ubi). Haha. sO maknanya sepanjang perjalanan rein ke pitstop yg ke 4. Rein sorang sahaja kaum adam di dalam kereta sambil ditemani 4gadis bidadara. wakakaka~. Time nih jugaklah semua naik 1 kereta. So PITSTOP yg ke-5 dan juga yg terakhir adalah di Air Terjun Sg.Gabai. Akhirnya kami sampai disana pada pukul 11 rasanya~.

Sampai sana pulak. Walaweh~ rupenya kena mendaki untuk naik ke atas.wOOoOOo..tangganya macam naik batu caves. Nasib baik kudrat rein mampu mengharunginya.Hahah.yg my classmates pulak, ado yg tercungap2.hehe.senyum sinis rein sorang2~. biler sampai destinasi. Apa lagi~ masing2 keluarkan kamera then snap gambar waterfall. agak2 matahari tuh dh tegak. masing2 stop dan tibalah masa untuk bersuka ria!!! yay~. Dari yang xnak mandi terus jadi mandi.wakaka~.Dari situh, rein dan rakan2 DMnias beriadah. ada jugak stop berseronok2 kejap untuk sambung snap gambar. Agak2 dah petang, barulah kami turun dan meninggalkan tempat tuh. Ramai2 lepak kt mcD ampang kejap.Then trus balik rumah masing2~. Thanks all guys. Rein memang enjoy that moment. Bukan senang nak dapat kenangan camnih.huhu~.Orait!! rein sediakan sedikit bingkisan semasa di lokasi..:)

Thursday, August 6, 2009

SRM gathering_Bowling@alamanda

Bismillahhirrahmannirrahim...

Orait!! kali ini pula rein akan citer aktiviti rein dikampus.Baru2 nih club SRM kt kampus rein ada wat gathering g Alamanda untuk main bowling.Memang dari rumour yg rein dengar sebelum nih dah buat rein berminat sangat nak join.yela~berbulan lamanya rein xmain bowling.Tangan pon agaknya dah kekok.Jadi rein pon join gathering tuh bersama2 dgn rein juga ialah sahabat rein~ si Datu and my friend yang baru masuk intake baru2 nih.Nama dia Apis~ .kalo nak bekenalan.silalah.Jambu juga orangnya.kuikuikui~ (apis!!lps nih kne banje rein makan).

290709.. tuh la tarikh gathering kitorang g alamanda utk maen bowling. huhuhu.. rein diberitahu utk berkumpul kat depan "Bangunan STAD" dalam kul 8.30 mlm.. but bila pergi sana.Rein tengok sikit giler student yg ada.adoiyai~xbesh r kalo xramai yg join.Tapi rupe2nya rein dpt tahu.Rein sepatutnya berkumpul kul 9.00 mlm disebabkan ada yang g jawab Exam Midterm.so.. aper lagi.kena la tunggu.Sebelum tuh rein pergi solat isyak disurau bersama rakan2 yg telah datang.Jadi rein sampai kat bowling alamanda dalam kul 10 lebih.so.. dpt maen dalam kul 10.45 kew 11..kalo x silap.

Kat sana pula, rein dpahamkan. Hi.Com SRM ada juga bwat tournament selain dari gathering nih. So.. 1 group maen bowling kena ada 4 orang.. 3 peserta n 1 High com.group laen dh der la group dorang...cume rein, apis ngan datu dh terpinga2 sbb x der group.kira cam group terbuang la katakan.sbb xder saper yg nak amik rein masuk group diorang..sedey giler time tuh.rasa cam x dpt nak maen jew.tapi akhirnya at last ex.president SRM join group rein.. nama dia BAD.. huhuhuh.. so.. time maen hari tuh.. kira 12 lane gak la kitaorang booking.. huhuh.. best giler... riuh rendah jew kat bowling tuh..mcm pasar malam pon ada. sampai sume orang pandang.... hihihi.. setiap lane dberi 2 game utk maen..dan utk kiraan mata.. diorang campur dari game 1 ngan game 2.. huhuh..

kami maen x der la pk nak menangkan.. cuma pk nak enjoy jew la.. hihih...So masa 1st game tuh.Kami puNyer point tempat ke-2 tertinggi.. huhuh.. iyu utk 1st game la.. utk 2nd game..semua dah ponek. maklum la.. sume dh letih la katakan.. hihi.. so.. baling pun xder la perfect cam 1st game.. hihih.. tp yang x sangka2 group rein dapat tempat ke-2 utk keseluruhan..wuhOOooOo~ terkejut giler kitorang sbb x sangka point GROUP rein tinggi la jugak... hihihih... so.. sampai sini jew dulu.. ni la gambar yg rein ngan kawan dpt d'candid utk djadikan kenangan sem nih..hihih.Love u all!!






Tuesday, August 4, 2009

Human Factor Class

Bismillahhirrahmannirahim...

Kali nih rein nak postkan tentang salah satu aktiviti dalam kelas rein utk sem ini dalam subject Human Factor.Kelas ini lebih menumpukan tentang hubungan manusia (kita) dengan persekitaran.Salah satunya adalah mengenai faktor yang melibatkan deria rasa, melihat, dan mendengar.

Tetapi yang menarik perhatian rein adalah salah satu aktiviti dalam kelas.Dimana setiap pelajar dikehendaki membawa apa sahaja jenis objek yang boleh menghasilkan bunyi.Setelah itu semua pelajar dikehendaki membuat satu kumpulan dan hendaklah mencipta sebuah lagu dan irama berdasarkan barang yang dibawa.

Akan tetapi,rein terlupa hendak bawak barang yg dikehendaki.huhu~terlewat bangun.sampai kelas baru rein teringat.huhu.Untuk mencari group pula, kalo ini rein bercampur dgn student foreigner.yela~biler lagi nak merapatkan siraturrahim..hehe.

Nak dijadikan cerita,ahli2 group rein pon xbawak barang2.heheh.so idea salah seorang kawan rein (foreigner).Dia mencadangkan pakai je apa yg ada~ maksudnya adalah dengan mengunakan mulut,tangan, kaki dan sebagainya.Jadi hasil iramanya adalah seperti ini..




Apa yg korang gelak2 hah.oklah tuh.hahaha.rein tgk video nih pon tersengeh sorang2.ekekekek..kalau korang nk tau.Group rein menang antara group2 yang lain taw~haha.siap ada request buat lagi.hadiah yg kitorang dapat pula adalah kertas A4 berwarna warni (siapa pegang hadiah nih??).Pandai lecterer kelas nih menarik perhatian student.Apa saja aktiviti yg dilakukan.Mesti ada gift dia nak bagi.huhu~lagi best pula dlm kelas ada juga dia sediakan candy dalam 1balang. Rein plak amik byk2.huhu(oit!!rein xtamak ok.utk stok akan datang).orait guys~ sampai disini saja dulu.take care n love u all..!!

Monday, August 3, 2009

Kursus SPRM at TANJUNG RHU

Bismillahhirrahmannirrahim...

AMARAN..!!!
"INI POST TERPANJANG REIN SAMPAIKAN~"

Bismillahhirrahmannirrahim..

Salam muhibah~ hai..!! apa khabar semua?? hOpe sejahtera hendaknya.Ok!! Kali nih rein nak postkan tentang pengalaman rein berkursus selama 4Hari di Tanjung Rhu sempena kursus Jati Diri Anjuran SuruhanJaya Pencegah Rasuah.Untuk maklumat semua.Peserta yang terpilih untuk mengikuti kursus nih adalah wakil dari setiap IPTA/IPTS yang ada di selangor ini. Antaranya MMU, ADTEC, UPM, UTM,UKM, UIA,POLITEKNIK SH.ALAM, KOLEJ MARA BANTING.Setiap IPT dikehendaki meghantar 10org wakil.Tapi malangnya wakil dari kampus rein. Hanya rein seorang sahaja. So, that mean im the ONLY one who bring my campus name. It a big big responsibility. But it ok, Banyak hikmahnya.huhu..

So utk hari yang pertama rein sampai di tempat kursus, Rein berangkat petang dari kampus. Rein berangkat bersama En.Syafie and driver. Rein tak tahu pun tmpatnya dimana. So ini adalah pertama kali rein datang di lokasi itu. Kalo xsilap rein, rein tiba disana dalam pukul5 lebih. Yang peliknya, bile rein sampai dilokasi. Macam xde orang, senyap and sunyi sepi jew (dlm hati ckp betul ke x tmpatnya.ntah2 xjadi wt kursus..hahah). Tapi rupenya ada orang~ sebab diorg sume berkumpul dalam dewan. Setelah ditinggalkan oleh orang yg menghantar. Rein pon disambut oleh urusetia program.orang ala2~ mix chinese cikit.kepalanya bulat dan perutnya yg ciut kedepan.hahahah. Namanya abg bOb.Thanks sbb org pertama yg sambut rein.heheh. Masuk je rein kedalam dewan.perghhh..dah ramai yg dtg rupenya.heheh.malu pon ada gak.sbb mata yg memerhati tuh.adeh~ rein nih dh r pemalu.kuikuikui~ selepas taklimat sume. rein pun masuk ke asrama penginapan.Hmm..not bad.everythng provided.bilik air pon bersih.siap boleh mandi ramai2 lg.Tapi xde pon mndi ramai2.mandi sama2 dlam bilik air lain2.nama pon asrama.hehehe..so mlm hari pertama xdela aktivi yg menarik sgt.cume ice breaking, sesi kenalkan diri antara peserta dan fasilitator dan pengenalan pada kumpulan..

-pix will update later

Hari ke-2 Kami berangkat ke kawasan kampung (hehe..lupe nama kampung tuh).Disana rein menjadi penyokong kepada peserta bolasepak kursus berlawan dgn budak2 dari kampung tuh.hahhaha.adat kalah dan menang.Rein pon xtahu sapa yg menang.hehehe.Sbb rein leka snap gambar rakan yang xmain dan menjadi penyokong.Malam tuh pulak,kami semua ada majlis solat Hajat dan bacaan yasin serta makan beramai2 dgn orang2 kampung.meriah sungguh~.lauk sedap!!(tp knape rein sakit perut pagi tuh??)







Hari ke-3 pula.Setelah solat subuh dan senam poco2 serta sarapan pagi.Ada pula aktiviti mini explore race.tapi rein xjoin sekejap.sebab g klinik, berjangkit sakit mata dr siapa ntah ngn sakit perut (kn dh ckp~mkn byk lg).Haaa..yg lain asal senyum2.korang pon kne jugak kn.xpyh gelak org.hahaha.Setelah solat jumaat, ada pula ceramah dari yg berbahaya cik kamal.ala~yg slalu digosipkan dgn siti,linda onn ngn fazura tuh.hahah.Ceramah dia mmg best gilew~tergelak2 but then still ada pengisian yg berguna serta tips2.tak lupa juga pengacara majlis dia plak.perghh~.huhu.sje nk puji diri.kuikuikui.Lepas abh ceramah plak minum petang dan practice utk persembahan malam kebudayaan.hehehe.Jangan tanye siapa yg menang malam tuh (tgk pix nnt tau r~ :P).






<







Hari ke-4 (Last day).seperti biasa bangun solat subuh ,senaman dan sarapan.Ada plak sesi JanjiKu. Ceramah dia amat berguna.Cume satu part utk muhasabah diri kita dan keluarga tersayang tuh rein skip.HaloOoo~xckup lg ke nk aku menangis??huh?nasib baik that time datang pula seorang bidadari bernama atikah (anak urusetia yg sebaya dgn rein).Menemani rein utk hiburkan hati.she so sweet and very talkative.she say to me that her dream is to be Pembaca Berita dan rein pula akan menjadi pengaracara yg di sukai ramai.Insya'allah..amin~.smoga impian kita berjaya.huhu.Hope dapat jumpe dia lagi.Pelajar uitm sh.alam yg mgambil TESL dan sedang practikal di sekolah sukan.huhu~itu serba sedikit yg rein tau mengenai gadis bertuah tuh.so lepas di sabotaj oleh pakcik yg xbg aku beramah mesra dgn gadis bernama atikah itu tadi.rein pon masuk ke dewan untuk mengikuti ceramah smula.Time tuh pula sesi maaf memaafi~That time macam raya pon ada.dia ajar cmne nak salam dgn betul dari hati ke hati.seyes~ rein terkedu that time.The moment happen that time is so memorable.selepas itu kami di arahkan kemas asrama semula sebab nk balik kampus masing2~.time tuh rse sayang plak nk tinggal semua.so utk mengerat siratulrahim antara sahabat.bertukar2lah no.phone.Tapi rein bagi no.phone pada yg meminta jew~yg lain rein bagi alamat myspace,YM, ngn url blog.it OK.if u all nk no.rein.Just ask me k~.sekian itu saja.harap korang berjaya dalam bidang korang~keep in tOuch..


Pssstt..
1.mohon maaf~lepas rein balik dr kursus.Jadual aktiviti rein padat sampai xde mase nk upload.
2.kalo ada pix yg xde tuh.Maknanya picture tuh blur ataupun xjadi..
3.siapa2 antara peserta yg masih mahu berhubung dgn rein.bOleh keep always update my blog or utk merapatkan lg hubungan sesama manusia.silalah cari no.sy pd yg sudah memilikinya..harap maklu~ huhu