D'NGENDAP!!!

count webpage traffic


Officially a blogger since:
Sunday, February 22, 2009, 11:58 PM

Sunday, March 15, 2009

Masuk Pertandingan karaoke?Huh?

Bismillahhirrahmannirrahim..


Setelah macam2 berlaku mlm semalam semasa perjalanan rein pulang ke seremban. Pada hari ini, setelah mengucapkan taniah atas keputusan result SPM adik perempuan rein. Rein diberitahu, bahawa adik perempuan rein pada hari ini memasuki pertandingan karaoke di seremban parade parkson (shopping mall) dan atas permintaan beliau, rein dimnta utk menemani adik rein semasa pertandingan itu nnt. Jadi rein pon bersetuju utk menemani beliau. Pertandingan itu berlansung sempena "KARNIVAL PENDIDIKAN DAN KERJAYA 2009".


Acara bermula pada pukul 3ptg. Setelah cabutan undi. Dimaklumkan adik perempuan rein peserta yang ke-4. Beliau akn menyampaikan lagu dr siti norhaliza berjudul 'Bicara Manis Menghiris Kalbu..'.Belum pape lagi,org2 kt karnival tuh dh bertemu ramah dgn adik rein.Kononnya dia ada muka mcm dato CT.ahaha..ada ke?.Rein pulak.dh ibarat mcm bodyguard plak.So inilah persembahannya..



(rakam kejap jew~ hp murah.xle rakam lama-lama)


Haaa...itulah pesembahannya.cmne?Ada ke mcm CT?xdekan..haha.Tiba-tiba last2 minit selepas persembahan. Adik rein buat request pulak..


Mira: Angah!! masuk la skali pertndingan nih..

Rein:Xmahu la..

Mira:Ala~ masuk jela. Dah janjikan nk tunaikan hajat apa yg adik nak kan..

Rein:Adoiyai~ angah mana reti nyanyi..

Mira:Tipu..

Rein:Suara xsedap la..

Mira:mengade la angah nih.Cepat la.Adik daftarkan ehk..

Rein:Ala~ xpayah la.jom la balik..

Mira:Ah!! xde.Tunggu sini kejap..


(Boleh pulak dia tggalkan rein then pergi mane ntah)


Lepas 5minit


Mira:Ok ngah!! Bagi adik rm10. Adik dh dftarkan..

Rein:Angah mane ade duit.dlm wallet rm1 jeha..(sambil tunjuk)

Mira:La~xpe2.adik bayar pakai duit adik dulu.ok.Angah peserta ke-21 taw!! last contestend..

Rein:Pulak dah~ lagu ape adik pilih?

Mira:lagu yg angah selalu nyanyi kt dlm bilik air la..

(adeh~ kantoi pulak.terpaksa bgtau sbb nk cite keadaan sebenar.malu gue~)

Rein:angah xpernah masuk pertndgan karaoke nih.suara bukan sedap.pandai2 je adik nih.wat malu angah je nnt..

Mira: Ala~ angah nih. You make a promise then keep your promise la..

Rein:ok2.fine..


So nak xnak terpaksa rein tunggu untuk giliran rein.Hm..itulah akibatnya kalo dh berjanji dgn adik.Flashback balik,Kononnya dulu just nk bg semangat dia nk blajar utk SPM. Kalo dia rajin, result bagus. I'll doing anythng as her request.berani sahut cabaran sbb fikir lama2 dia akn lupa.Xtau plak dia still ingt.Dah tu,bile result dh kua.ada rezeki dia pulak.Jadi,kena la akur..

setengah jam jugak utk tggu giliran.Kecut perut pon ada.Mane pernah masuk mende2 mcmnih.brape kali pergi tandas.jantung plak dub dap dup dap laju.uara mantap2.Akhirnya tibalah giliran rein.adeh~ dgn keadaan yg xtenteram. Rein akn menyampaikan lagu dari Jamal Abdillah berjudul 'Gadis Melayu'..



Adeh~ mcm tulah persembahannya.Boleh runtuh 1 mall tuh rein kejekan.Haha.Malu deh~.Dah la suara xsedap.Nyanyi pon macam haram jew.Adoiyai~xle nk tunjuk fully.sbb bateri hp nak abih pulak.heheh.baguslah.Keputusannya..


(picture ini diambil slps pulang ke rumah.Time amik hadiah Hp bateri kong~)

Hahaha..rein menang dapat no.3. Dapat rm100. Xsangka betul. Manakala adik perempuan rein pulak.xmenang pape. Adeh~ serba salah plak rasenya.Org lain yg masuk.Orang lain pulak yang menang.Dah la masuk last2 minit.Ramai yang baget adik rein akan menang dgn lagunya.Tp sbenarnya bukan.Abangnya pula yg menang.Dari riak muka adik rein.Nampak dia boleh menerima hakikat.Adat pertandingan.Juri yg tentukan.Tp sbg abg.Rein xbolot hadiah tuh sorang2. Hadiah tuh rein dpt pon rm100 je.Jadi rein bg samarata.Rein bg adik rein rm60 (skali ganti duit daftar karok td rm10).Yang lebih rein amik,adala jgk berisi dlm wallet dr rein ada rm1 je td.Selepas tuh,adik rein trus masuk kerja(partime kt parkson). Rein pulak terus balik rumah.The End..


P/S
Picture tuh xcukup rm20 sbb dh pki isi topup parent..:)

BAS RAPID,ERL DAN KOMUTER

Bismillah'hirrahmannirrahim..

Kejadian ini berlaku pada 13 Mac 09.Sejak dah masuk belajar tmpt baru. Inilah 'first time' rein balik ke kmpung dgn pengangkutan awam dari kmpus. Ahaha. sebelum ni kalo nk balik pinjam kereta abg jew~ tp memandangkan abg rein bz dgn final projeknya. Jadi,rein xmahu menganggu dan menyusahkan beliau. Kalau diikutkan tmbang naik trnsport awam lg mahal dr naik kenderaan sndri.Begitu juga kalau nak dibezakan dgn masa. Tapi xpelah.belajar susah. Banyak hikmahnya.

Tujuan rein pulang ke SEREMBAN adalah kerana mahu meraikan adik perempuan rein yang baru shj mndapat keputusan SPM. Alhamdulillah, beliau mndapat keputusan yg baik...

(Taniah~ dpt result yg baik!!)


Mahu dijadikan cerita,setelah last minit abg rein beritahu dia xdpt pinjamkan kereta. Rein terpaksa menggunakan plan B (transport awam). Tepat pada pukul 8.15, rein sudah pun keluar dr hostel utk bergerak ke hentian bas(bustop) bersebelahan pintu masuk kampus rein. Hehe. Best jugak jalan kaki sambil bwk beg2 besar(stok baju xbasuh byk..huhu) dan beg laptop. Dalam perjalanan tuh,mata rein melihat kearah bustop dlm jarak 400meter. Tiba2, nampak plak bas sampai. Bas yg rein nak naik plak tuh. Adeh~ maknanya rein dh terlepas bas.Nak lari ke sana mmg xdan la. Dah kene wat sukan balapan. Aduiyai~ Baget bas banyak la lalu kt kampus. Rupanya dpt maklum balas dr org2 yg menunggu bas jugak beritahu. Dalam sejam,bas akn lalu dua kali (2x) shj. So maknannya rein dh terlepas bas yg jam kedua.kne tggu lg setengah jam.adoiyai~

Setelah setengah jam tggu. Bas yg dinanti akhirnya sampai juga. Naik pecah implan duduk kt tempat duduk besi bustop tuh. ahahaha~ Dgn tambg rm1 sje.Naik la rein bas rapid tuh sampai putrajaya central. xsampai pon 15minit sbnrnya.Tapi dh jadual bas camtuh. redha~ jela.Di jadikan cerita pulak lagi, smpai je terminal tuh rein trus pergi ke stesen ERL. First time naik tuh. Huhu. sambil berjalan anak2 ayam. Rein nampak banyak kelibat org ramai2 kua dr slah satu sudut ruang dgn beg2 tarik.
Adeh~ rupenya rein terlepas tren ERL pulak. Dimaklumkan oleh kakak jaga kaunter tiket tuh. ERL akn sampai setiap 22minit sekali. aduyai Kene tunggu lagi~


(Haha..disebabkn xde org.bole la berposing kejap~huhu)


Akhirnya, setelah lama menunggu. Sampai jugak ERL. Berlaku pekara lawak disitu, rein xtau pintu ERL tuh kene tekan button dulu.Haha dh kelam kabut punyer pasal tgk tren mcm nk bergerak. Adalah untie india nih dr dalam ERL tuh tlg tekankn button buka pintu tuh.Heheh. Dengan muka malu,masuk tren dgn selamba dan mengucapkan terima kasih pd untie tuh. Nasib baik dia paham rein baru first time naik.heheh..

(Jgn tanye picture ni sape yg snapkan.Untie tu~huhu)


Sampai jew ERL ke bandar tasik selatan. Rein pon turun untuk tukar tren naik komuter ke seremban pula.Adeh~ time nak naik ke jejantas melintas ke komuter plak. Rein nampak dr jauh, komuter ke seremban dah nak sampai. Apalagi, berlari r pergi beli tiket. Tengok plak kaunter tutup. Kene pulak beli tiket kt mesin.Dengan pantasnya rein nk beli tiket.Aduyaai~mesin tuh tolak plak duit kertas rm10 rein.Hampeh~ bg duit xnk. Komuter tu plak dh pun jalan. Selang beberapa minit.Nampak kelibat seseorang masuk ke dlm kaunter tiket. Hmm... . Rupenya ada org jaga kaunter tiket tuh. Tapi time rein nk beli tiket. Beliau ke tandas. Adeh~. Time rein la dia nk membuang.Nak dijadikan kisah~ kne tggu lagi setengah jam.Then akhirnya komuter pun sampai dan rein pon selamat smpi seremban tepat pukul11.30 malam. Kira-kira masa perjalanan rein dalam 4jam.perghhh...kalo naik keta. Lepas dr kampus g johor. ceh~

(Walaupun tension dgn apa yg dh berlaku.senyum la jugak~)


Walaupun banyak pekara yg telah terjadi. Rein menganggap semuanya adalah ujian dari tuhan pada rein malam tuh. Rein menerimanya dengan pemikiran positif (+ve). Apabila difikirkan semula, xdela teruk sgt. At least rein dapat tahu time table pengangkutan awam. So lepas nih, jikalau ada rezeki rein balik menggunakan transport awam (harap2 x). Kejadian ini xkan berlaku lg. Pengalaman membawa seribu pembelajaran dan seribu pegajaran.Alhamdulillah....

Wednesday, March 11, 2009

JUXTAPOSITION

Bismillahhirahmannirrahim..

Ada sape2 tahu tajuk yang rein buat?? I'm sure all of you didn't notice that.ha ha.ok rein akan terangkan..

Juxtaposition is the way how we combine by list all the problem and the way of solving.Then draw it on piece of paper and make it a new image. After that,we gonna see how we bring a new idea(product). This way is good for us(designer) so that we can showed how we can manipulate the problem then we come out with fresh idea.

Hope korang paham dgn penerangan tuh (especially bdk multimedia). So dalam kelas kuliah tadi, rein diberi tugasan utk menggunakan konsep tuh. Sensei rein memberi suatu permasalahan.Contohnya begini..

"Bolehkah BODY SHOP share partner dlm business dengan SHELL?sedangkan apa yg kita tahu,mostly product dr BODYSHOP adalah bahan dr semulajadi, Manakala SHELL adalah company mnyak yang menjejaskan enviroment dr segi pembakaran.."sambil menyenaraikan product yg dihasilkan dr 2 company tuh ats white board


Agak mustahil bukan. Tetapi bak kata sensei rein,xde apa yg tidak boleh diselesaikan (huh~ sume org ckp mcm tu). Kata sensei rein lagi, cara penyelesaiannya mudah shj. drpd bhn semulajadi(body shop) combinekan dgn product dr SHELL.boleh menghasilkan suatu bhn( product mnyak) yg hasil dr alam semulajadi dan tidak menjejaskn enviroment kita.lo~ cmtu je.Rein agk blur jugak pada mulanya.But then, when it come to think about the future and our next generation. chewah~. It not something posibble.rite?hehe

So task utk kitorg plak. HOW MERGERS GO WRONG? Diberi gambar haiwan (macam2 haiwan ada).Then choice 2 frm the image.combine it to be 1.combination tuh msti jadi bnde yg imposible.Ha ha.bunyi je mcm senang.Tp rein nih bad in drawing. serius~.Dengan masa yg diberi 10minit shj. Apa lg,lukis jela dan hasilnya..korang jgn gelak plak


oink2+helang
(haha..ntah cmne leh dtg idea nih)




itik+ikan
(sensei ckp mcm platipus.adeh~)


ikan+rama2
(Gambar ikan sebenarnya ialah ikan nemO)


ikan+badak sumbu
(ramai org pertikaikan yg tu oink2.bukan la~)


Hm...mcm tula.yg bestnya mcm2 lukisan pelik yg rein dpt tgk hasil campuran baka mcm2.heheh.Tapi yang xle blah. Ada ke patut sensei ckp keseluruhannya design rein mcm POKEMON!!! hampeh~ Tapi ok la.Janji dh wat yg terbaik.Kira pujian la tuh.heheh..

P/S
kepada classmates yg mnta tlg rein signkn attendant tuh.
minta maaf.Xdpt nk tlg cover sbb sign attendant depan sensei.
sowie~ (n_n)

Monday, March 9, 2009

Japanese Cultural Nite..!!!

Sori.Rein xsempat nk update bLog baru2 ini(Asgmnt byk ma~).Maaf atas kesUlitan.Event ini berlansung pada 5Mac09 di multi purpose hall(MPH) pukul7.30mlm.Selang 2hari selepas yukata nite.Walaupun sbnrnya rein dan rakan2 dtg lewat (yela~nk bg laluan mgrib).Tapi kami xbyk ketinggalan..



Rein join event nih atas 2 sebab..
i. Their culture~ tertarik dan menarik sbb unik dan banyak kelainan
ii.Nak MAKAN japanese food yg diorunk janjikan~. SKALI JAPANESE FOOD xder plak! Adoyai~
Sanggup oOooo..xmakan sehari suntuk!!! minum air jew.Tp ada jgk mkn biskut kering sbg alas perut.Thanks kt cik Fatin ats memaksa rein mkn ckit sbg alas perut tuh.Yg pasti LAPAR SuGGuH MLM TUH!.HAHA. Ingatkn rein sOrang jew yg xmkn. Rupenya rOomate rein si Datu n shizO pon sama. Welcome to the club.Haha. Dah la duduk dlm dewan tuh berejam. Adeh~ bosan2 sambil tgk show yg diOrg buat,Jadi model phOtogediks kejap (thanks shizO & Ijoy), tgk gelagat shizo dgn ijOy wat Photohunting, Yang pastinya mataku mencari seseorg yg istimewa mnjadi tarikan ku kt kampus nih.chewah~hehe. Byk jugak pic2 yg dapat snap rakan terbaikku candid. Anyway here sum shots yg sempat diOrg tgkp;

(sHizo lupe bwk zoom lens maser nih...huhuhu)

(Aunty nih kalu x slh ader kuar dlm Mcm2 Aznil thn lepaskan??)

(Hayya'!)

(soran bushi.....)

(wahhhhhh~)

(sian...mencari cinta rupernyer~LAME~!)

(sweetla tuh ek?)

(eleleh...bajet cute la tuh....)

(Aunty tuh raber2 aper?!!!)

(wahhhh geisha ker???)

(nih shot terakhir sHizO amik sblum batery KONG!!!!)
Here's da last thing....blaja psl culture org....tp culture sendiri dah khatam blom agaknya? nO komen~



P/s
Thanks bg gambar sHizO..!!

Wednesday, March 4, 2009

YUKATA NITE..!!!



Bismillahhirrahmannirrahim~

Smlm rein gi satu event held by MMU's Japanese Cultural Club dgn best team mate rein! Namer event tuh Yukata Workshop. So basically event tuh utk student yg berminat psl pakaian Yukata and of course la bg sapa2 yg minat pasal jepun.

Yukata (浴衣) is a Japanese summer. People wearing yukata are a common sight at fireworks displays, bon-odori festivals, and other summer events. The yukata is a casual form of kimono that is also frequently worn after bathing at traditional Japanese inns. Though their use is not limited to after-bath wear, yukata literally means bath(ing) clothes.

Ramai gak r yg join event tuh.Especialy sambutan hangat dr kaum lelaki.Diorg pon xcaya rmi kaum adam yg join.Sbb last event sblum ni di dominasi oleh kaum hawa.Tu yang rein dgr dr salah seorg crew diorang cakap dan disebabkn itu diorg lebih byk sewa kimono perempuan dr lelaki.So baju yukata yg diorg sewa utk lelaki pon sikit la. Event tuh held kat FOE building from 8-10pm. Rein gi saner pon sbb nk timba ilmu pasal culture org jepun nih. Yang bestnya, dah la dtg lambat.Tapi Org yg handle workshop tuh sanggup tggu smpi kitorg sampai baru mula acara.LOL.Thanks all folk!!!.Sampai je sane terus rein dapat baju Yukata.Apa lagi, sarung la...



..blajar cmne nk ikat bhg pinggang..


..Tada~ bagi post ckit.hehe..


Byk lagi pic kwn rein si shizO n Ejoi snap(personal photographer).....tp xkan nak byk2 upload kat blog kot...nanti org cakap mencapap plak.LOL.maybe letak kot my fesbOk or maisepache account..hehehe

Monday, March 2, 2009

Aku Terbang Dan Putrajaya

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum..

Hah.akhirnya ada juga masa rein nk update blog.hehe.tajuk kali nih agk unik ckit.Alkisah, Disebabkan bOsan duduk terperap saja dlm kampus setiap hari ahad.Maka pada hari minggu ini rein dan roomates berjalan ke putrajaya. Pada hal, niat sebenar nak pulangkan kereta abg rein kt uniten.Maklumlah pinjam sbb nak balik seremban ada kenduri doa slamat dan BBQ.So mcm biasa la.bila dah hantar kereta.abg rein kena la hantar rein semula ke kampus.So sebelum berangkat dia pon bercadang nak bawak rein jalan2 di putrajaya. Kebetulan roomate rein pon ada bwk kamera D'SLR dia.Apa lagi,Request Accepted dan inilah antara gambar2nya..



Hope you all enjoy look this picture..:)

Sunday, March 1, 2009

Kenduri Doa Selamat & BBQ

Bismillahhirrahmannirrahim...

Assalammualaikum..

Setiap tahun, seperti biase acara tahunan keluargaku sebelah ayah pasti akan membuat majlis kenduri doa selamat.Majlis ini kebiasaannya berlangsung di rumah rein.Tetapi bagi tahun ini.Lokasi majlis berubah sedikit dan acara ini diadakan di rumah atok dan nenek rein sebelah emak tiri di kg.Jiboi N.sembilan.Sempena acara ini juga, ada juga dselitkan majlis sambutan harijadi adik perempuan rein iaitu Nor Izzah Atirah yg menjangkau umur 7 tahun (dh besar dah adik rein sorang nih.mcm xcaya jew.)

Slamat Harijadi yg ke-7 tahun

Angah doakan semoga panjang umur, murah rezki, jadi budak yang baik serta menyayangi keluarga. Majlis berjalan dengan lancar walaupun dalam keadaan hujan lebat.Jemputan pun tahun ini agak berbeza dari tahun lepas. Agak riuh jugak. Maybe sebab menu yg menarik spt aym panggang.kambing panggang,ikan bakar,sosej,nasi lemak,kuih muih dan macam2 lg.heheh.Tak senang duduk rein dibuatnya. Even xbyk membantu keluarga utk menguruskan majlis atas sebab2 xdapat di elakkan.Mujurlah ada pelajar2 yg practikal dengan ayah rein yg banyak membantu.tHANKS KORANG!!!.walau apa pun.alhamdulillah..segala berjalan dengan lancar dan baik.Rein pun pada mlm tuh terus balik ke kampus.xsempat nak bertandang ke rumah sendiri.Kt bawah ada bingkisan sedikit..