BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..
RELEASED!
Yaaa......video highly anticipated tahun ini kini di online!!
Anyway, here's the music video from Rock n Roll John
Titled; Pretty Girl
BISMILLAHHIRRAHMANNIRRAHIM..
Posted by ~Rein~ at 7:53 PM 2 comments
Bismillahhirrahmannirrahim..
Minta maaf semua.Lately rein busy cikit. Nak update blog. Masa tuh limit!!. Maklumlah mulai 19-26hb rein dah mula final exam.Ok. Disini rein nak postkan final projek yg ke-3.Untuk subject nih pulak. rein kena buat kempen. tak kisahlah nak berkempen ape pun. Tajuk "Open" . Janji koranng ada message utk disampaikan kepada pengguna or masyarakat.huhu. So untuk kempen nih, rein dan my group sebulat suara utk membuat kempen PLAY SAFE.Ops~ agak sensitif sikit.but then, Kami bukan nk mengalakkan.Tapi kami nk cegah!! berdasarkan banyak sangat kes2 remaja dan masyarakat diluar sana.So inilah hasil artwork kitorang~


Posted by ~Rein~ at 8:49 AM 0 comments
Bismillahhirahmannirahim..
Alhamdulillah~ akhirnya siap jugak final project yg ke-2 rein and my group buat.
Kesian kt my groupy~ sampai stress pon ada,xtidur malam? hmm..jgn cakap r.Tugas project nih bunyi jew mcm senang.Kena promote fakulti sendri (Fakulti Creative Multimedia).Banyak betul procedurnya,kena buat mind maps r,juxtoposition la dan macam2 lg r..so nak dipendekkan cerita.kalo korang nk tgk hasil artwork tuh.korang tgk r kt blog nih.kirannya blog nih penganti dokumentation kitorg r...

Posted by ~Rein~ at 8:34 AM 1 comments

Bismillahhirrahmannirrahim..
Hari nih..lapang sikit dada rein.sebab salah satu kerja final project rein utk sem nih telah selamat pon disiapkan.Kalo pembaca setia blogger rein mesti ingat kerja2 MEDIA PRODUCTION PROCESS (MPP) rein.Ala~ yang kena kua shooting utk buat music video (sila lihat post2 yg lepas).Artis pon xperlu r rein bgtau lagi kot~. Apa-apa pon jutaan terima kasih kepada Artis Indie Band "ROCK N ROLL JOHN" yg sudi bekerjasama utk muzik video kami serta "TALENT-TALENT" yg telah terlibat dlm video klip ini.Owh..tak dilupakan juga kepada crew-crew
Posted by ~Rein~ at 10:47 PM 1 comments
Bismillahhirrahmannirrahim...
Post kali nih bukahlah rein nak malukan sesiapa terutama yg berada disekitar rein.Cume mahu mencari penjelasan dan pendapat.Lately rein byk di uji dgn pelbagai cabaran erti kehidupan.Lepas 1 masalah, belum sempat nk relax.Datang lagi~ adeh. but I'm still can think positive. Apa yg setiap kali bermain di akal fikiran ciptaan tuhan yg 1001 keistemewaan ini.Rein akan selalu fikir "Setiap apa yg berlaku tuhan jadikan, ada HIKMAHnya..
".Malah dalil allah pon ada menyebut Apabila ALLAH mencintai seseorang hamba, DIA mengujinya.. Jika ia sgt mencintaiNYA, maka ALLAH mencubanya.. Jika ia sabar, ALLAH memilihnya.. Jika ia redha, ALLAH mengutamakanya.. Rebutlah kasih ALLAH"...
Rein seperti insan yang biase jugak. Tidak sempurna spt yg dilihat dr fizikal luaran.Banyak kekurangan dalam pelbagai.Tetapi rein tidak terlintas utk berputus asa.Malah rein akan cuba sedaya upaya utk memperbaikikannya. Lagipun xsalah kalo kita mencuba untuk menjadi yg SEMPURNA..
Salah satu daripada masalah rein.Selama hidup ini, selain drpd family.Rein mencari seseorang yg boleh rein percaya, mengambil berat, SAYANG akan diri ini, menjadi tempat rein bermanja, berkongsi suka duka dan segala-galanya bersama.Tetapi siapakah orang itu?Bilekah rein akan berjumpa? Adakah pada yg bakal rein gelarkan isteri? Hm...Tidak~ masih terlalu jauh untuk rein fikirkannya itu. Cume yg sekarang. Rein hanya perlukan seseorang yg boleh di dekati.iaitu "TEMAN RAPAT" or SAHABAT.Persoalan di sini, Apabila anda menjumpainya (bakal SAHABAT), adakah anda bersedia utk menerima dirinya? Contoh situasi rein akan berikan sebentar lagi dan akan rein lampirkan pendapat2 orang yg rein telah tanyakan secara RANDOM didalam myspace/friendster/yahoo messager(YM)..
Posted by ~Rein~ at 11:01 AM 1 comments
Aku ada pasangan hidup sendiri....
Bila seronok, aku cari....pasanganku
Bila sedih, aku cari....Mak
Bila berjaya, aku ceritakan pada....pasanganku
Bila gagal, aku ceritakan pada....Mak
Bila bahagia, aku peluk erat....pasanganku
Bila berduka, aku peluk erat....Emakku
Bila nak bercuti, aku bawa....pasanganku
Bila sibuk, aku hantar anak ke rumah....Mak
Bila sambut valentine.. Aku bagi hadiah pada pasanganku
Bila sambut hari ibu...aku cuma dapat ucapkan "Selamat Hari Ibu"
Selalu.. aku ingat pasanganku
Selalu.. Mak ingat kat aku
Bila-bila... aku akan talipon pasanganku
Entah bila... aku nak talipon Mak
Selalu...aku belikan hadiah untuk pasanganku
Entah bila... aku nak belikan hadiah untuk Emak
Renungkan:
"Kalau kau sudah habis belajar dan berkerja...
bolehkah kau kirim wang untuk Mak?
Mak bukan nak banyak... lima puluh ringgit sebulan pun cukuplah".
Berderai air mata jika kita mendengarnya........
Tapi kalau Mak sudah tiada..........
MAKKKKK...RINDU MAK.... RINDU SANGAT....
Berapa ramai yang sanggup menyuapkan ibunya....
berapa ramai yang sanggup mencuci muntah ibunya.....
berapa ramai yang sanggup. mengantikan lampin ibunya.....
berapa ramai yang sanggup..... membersihkan najis ibunya.......
berapa ramai yang sanggup....... membuang ulat dan membersihkan luka kudis ibunya....
berapa ramai yang sanggup berhenti kerja untuk menjaga ibunya.....
Dan akhir sekali berapa ramai yang sembahyang JENAZAH ibunya......
INGATLAH sabda rasullah S.A.W...." siapakah yg harus ditaati selain ALLAH...ibu mu...ibu mu...ibu mu....barulah ayah mu..."
ibu ibarat cahaya yg menerangi hidupmu ..nyalaan nya lagi besar dari pancaran matahari....syurga di tapak kaki nya...ucapla cinta mu...kasih mu....sayangmu...penghargaan mu walaupun dengan kata - kata....
'jangan la sakiti hatinya......
"Jika kamu menyayangi ibumu, SAYANGILAH IBU ANDA SEPERTIMANA DIA MEYAYANGI ANDA.."
Posted by ~Rein~ at 9:09 AM 0 comments
Bismillahhirrahmannirrahim..
1-3may arituh.Rein wakil dr pihak ANIMAX buat roadshow sempena nak promote *DAICON. Juga sempena japanese festival and Mothers Day.
Days 1
Pada hari jumaat tatkala orang lain sedang sedap2 tidur.yela~ cuti hari pekerjakan. Rein subuh lagi dah bangun.Pukul7 my bestie fatin~ dah gerakkan rein supaya pastikan yg rein tidak terlewat nnt.Thanks fatin!!! So kami berjumpa pada lokasi yg telah di tetapkan.Bergerak dari kampus pukul9 dan sampai OneUtama dekat2 pukul10 jugak.Haha.Sebenarnya inilah kali pertama rein pergi ke lokasi itu.selama ini just lalu tgk dr dalam kereta jew. Rezeki tuhan bagi peluangkan..Alhamdulillah~. Kali pertama masuk, Rein dah teruja baju2 yang ada kt sana. gilew style~ i wish i could buy it all!! (berangan).hahaha.Xpelah.Kat bundle still ada baju cantik2 lagi. Mostly ramai yg Chinese yg join roadshow tu.Tapi best jugak,dapat kenal2 kawan baru.yela~ rein nih kira org baru dalam club diorang.
Booth yang kami bukak selain daripada nak promote pasal projek Mega kitorg DAICON.Kami juga ada buat pameran buku2 japanese yang xterdapat di Malaysia,Gundam,Patung2 kecik anime, dan hasil artwork iaitu kaki melukis watak2 anime nih. Tugas setiap orang pon lain2.Macam rein, tugasnya senang jew~ xdela susah mana pon. Iaitu bagi free gift kt orang.hahah.Bukan senang2 jew nak bagi taw.Kena jawap soalan dari rein dulu.Relax~ bukan soalan matematik or kimia. Tapi it all about animax.Jawapan pon bukan susah nak fikir.Dekat sekitarnya pon dah ada jawapannya(banyak banner).
Tapi depend jugak, Kalo budak kecik yg nak,tanye la pape yg paling senang.huhu.Free gift yg rein bagi macam key chain hp,gelang,Beg kain and paling orang berebut mini GUNDAM (spt dalam gambar).Bukan setiap masa rein bagi.Every selang 1hour half.rein cari la mangsa.hahah.sO lepas nih boleh r keja ngn skuad perodua era or hot fm.wuhoOo..
Manakala kawan rein pulak si fatin nih~ dia jaga booth and melukis.Dia memang pandai melukis. Semuanya comel2 jew.Bakatnya terselah jika dia memegang alat melukisnya.wah!! promote dia pulak ehk.wakakaka~ tapi seriously kawan rein sorang nih memang suke melukis.Cume pantangnya satu jew.Time dia tgh drawing tuh,Janganlah tegur.Kalo tak.terus cancel melukis.Apsal?? malu katanya org tengok.huhuhu~
Kami bekerja xdelah teruk sangat.Banyak rehat meh~ so biler dah xde kerja tuh. Rein dan fatin pun jalan2 r dalam OneUtama nih.Sambil2 nak carik tempat makan yang best.Jalan punyalah jalan.Rupenya kami SESAT!!OMG!!.Ntah mane2 kami jalan.Huhu.Maaflah~ rein nih bru first time masuk.mane r ingat jalan.Yang si fatin nih.Dia ingat2 lupew~ katanya jarang pergi sini.Akibat penat mencari tempat2 makan yg menarik.
Jadi Kami sebulat suara makan di Johnny's.First time gak rein makan kedai2 camtuh.Kata fatin,kt kedai nih boleh main masak2.rein terfikir.Pelik gak. Makan kt kedai pon kena masak sendri ke?.hahah.
Tapi rupenya maksud si fatin nih ianya makan cara Steamboat!!.iaitu rebus dan makan.best gilew.Especially kena pulak dgn kuah pedasnya.Thanks fatin sbb byk ajar bende2 baru.wuhOooo~ Tapi yang xbestnya.lepas makan.perut pun tunggu nak meletup jew. Then terasa lapar balik. Mana tidaknya~lepas makan pun sesat lagi. So kenalah jalan2 tapi akhirnya jumpe jugak tempat booth kitorg tuh.adeh~kami berada disana sampai pukul8 jew.Lepas tuh terus balik kampus.Owh..tidak dilupekan juga.Thanks pada kawan yang sudi datang tuh.sayang korang sume!!terutama sekali yang rapat dengan rein.Buat susah2 jew~ appreciate sangat-sangat.
Days 3
Untuk hari yg ketiga juga yang terakhir kami buat roadshow kt OneUtama.(hari ke-2 rein ada kerja lain,jadi xpergi).Seperti biasalah, Seawal pagi dah bangun~mandi~siapkan diri utk pergi OneUtama.So seperti biasa, pagi-pagi lagi bestie rein si fatin~ dah telifon utk pastikan rein dah bangun. Seperti yang dijanjikan, tepat pada masanya, kami telah pon sampai di lokasi kampus tempat menunggu rakan2 yang lain. Yang peliknya ingatkan kami nih dah ditinggalkan bas yg bawak kami ke OneUtama,maklumlah hari sebelumnya rein xpergi. Rupanya rein dan fatin nih datang awal giler~ setelah fatin msg kepada rakannya utk bertanye.Dapat tahu,mereka semua berkumpul pukul9.30.adeh~ duduk r berdua dgn fatin disituh.sampai la semuanya dah datang. Jadi tepat pukul10 rein pun sampai di OneUtama utk kali yang ke-2 nya.Untuk hari yang terakhir roadshow nih.rein xbanyak tugas sangat.kalo ada pon simple2 jew~ free gift??Hahaha.harinih ada orang lain yg take over.tu sebab banyak rein xbusy sangat.Jadi...disebabkan xde kerja.So rein pon mencari kerja.hahah.Jalan2 sekitar festival jepun tuh.sambil tgk makanan n biskut panda.tak lupe juga ada buat persembahan macam adat istiadat dalam upacara minum teh,upacara bermain drum jepun,demonstrasi buat sushi nyum2~ dan my feveret part soran bushi~. Mostly banyak menghabiskan masa bergambar..bergambar dan bergambar..hahah.sampai habis hand phone bateri.You all semua yang nak tau sangat ape tuh daicon.ok.For More info pasal Daicon sila layari ~> www.daiconnews.com












Posted by ~Rein~ at 2:10 AM 2 comments