Bismillahhirrahmannirrahim...
AMARAN..!!!
"INI POST TERPANJANG REIN SAMPAIKAN~"
Bismillahhirrahmannirrahim..
Salam muhibah~ hai..!! apa khabar semua?? hOpe sejahtera hendaknya.Ok!! Kali nih rein nak postkan tentang pengalaman rein berkursus selama 4Hari di Tanjung Rhu sempena kursus Jati Diri Anjuran SuruhanJaya Pencegah Rasuah.Untuk maklumat semua.Peserta yang terpilih untuk mengikuti kursus nih adalah wakil dari setiap IPTA/IPTS yang ada di selangor ini. Antaranya MMU, ADTEC, UPM, UTM,UKM, UIA,POLITEKNIK SH.ALAM, KOLEJ MARA BANTING.Setiap IPT dikehendaki meghantar 10org wakil.Tapi malangnya wakil dari kampus rein. Hanya rein seorang sahaja. So, that mean im the ONLY one who bring my campus name. It a big big responsibility. But it ok, Banyak hikmahnya.huhu..
So utk hari yang pertama rein sampai di tempat kursus, Rein berangkat petang dari kampus. Rein berangkat bersama En.Syafie and driver. Rein tak tahu pun tmpatnya dimana. So ini adalah pertama kali rein datang di lokasi itu. Kalo xsilap rein, rein tiba disana dalam pukul5 lebih. Yang peliknya, bile rein sampai dilokasi. Macam xde orang, senyap and sunyi sepi jew (dlm hati ckp betul ke x tmpatnya.ntah2 xjadi wt kursus..hahah). Tapi rupenya ada orang~ sebab diorg sume berkumpul dalam dewan. Setelah ditinggalkan oleh orang yg menghantar. Rein pon disambut oleh urusetia program.orang ala2~ mix chinese cikit.kepalanya bulat dan perutnya yg ciut kedepan.hahahah. Namanya abg bOb.Thanks sbb org pertama yg sambut rein.heheh. Masuk je rein kedalam dewan.perghhh..dah ramai yg dtg rupenya.heheh.malu pon ada gak.sbb mata yg memerhati tuh.adeh~ rein nih dh r pemalu.kuikuikui~ selepas taklimat sume. rein pun masuk ke asrama penginapan.Hmm..not bad.everythng provided.bilik air pon bersih.siap boleh mandi ramai2 lg.Tapi xde pon mndi ramai2.mandi sama2 dlam bilik air lain2.nama pon asrama.hehehe..so mlm hari pertama xdela aktivi yg menarik sgt.cume ice breaking, sesi kenalkan diri antara peserta dan fasilitator dan pengenalan pada kumpulan..
-pix will update later
Hari ke-2 Kami berangkat ke kawasan kampung (hehe..lupe nama kampung tuh).Disana rein menjadi penyokong kepada peserta bolasepak kursus berlawan dgn budak2 dari kampung tuh.hahhaha.adat kalah dan menang.Rein pon xtahu sapa yg menang.hehehe.Sbb rein leka snap gambar rakan yang xmain dan menjadi penyokong.Malam tuh pulak,kami semua ada majlis solat Hajat dan bacaan yasin serta makan beramai2 dgn orang2 kampung.meriah sungguh~.lauk sedap!!(tp knape rein sakit perut pagi tuh??)































































Hari ke-3 pula.Setelah solat subuh dan senam poco2 serta sarapan pagi.Ada pula aktiviti mini explore race.tapi rein xjoin sekejap.sebab g klinik, berjangkit sakit mata dr siapa ntah ngn sakit perut (kn dh ckp~mkn byk lg).Haaa..yg lain asal senyum2.korang pon kne jugak kn.xpyh gelak org.hahaha.Setelah solat jumaat, ada pula ceramah dari yg berbahaya cik kamal.ala~yg slalu digosipkan dgn siti,linda onn ngn fazura tuh.hahah.Ceramah dia mmg best gilew~tergelak2 but then still ada pengisian yg berguna serta tips2.tak lupa juga pengacara majlis dia plak.perghh~.huhu.sje nk puji diri.kuikuikui.Lepas abh ceramah plak minum petang dan practice utk persembahan malam kebudayaan.hehehe.Jangan tanye siapa yg menang malam tuh (tgk pix nnt tau r~ :P).











































<












Hari ke-4 (Last day).seperti biasa bangun solat subuh ,senaman dan sarapan.Ada plak sesi JanjiKu. Ceramah dia amat berguna.Cume satu part utk muhasabah diri kita dan keluarga tersayang tuh rein skip.HaloOoo~xckup lg ke nk aku menangis??huh?nasib baik that time datang pula seorang bidadari bernama atikah (anak urusetia yg sebaya dgn rein).Menemani rein utk hiburkan hati.she so sweet and very talkative.she say to me that her dream is to be Pembaca Berita dan rein pula akan menjadi pengaracara yg di sukai ramai.Insya'allah..amin~.smoga impian kita berjaya.huhu.Hope dapat jumpe dia lagi.Pelajar uitm sh.alam yg mgambil TESL dan sedang practikal di sekolah sukan.huhu~itu serba sedikit yg rein tau mengenai gadis bertuah tuh.so lepas di sabotaj oleh pakcik yg xbg aku beramah mesra dgn gadis bernama atikah itu tadi.rein pon masuk ke dewan untuk mengikuti ceramah smula.Time tuh pula sesi maaf memaafi~That time macam raya pon ada.dia ajar cmne nak salam dgn betul dari hati ke hati.seyes~ rein terkedu that time.The moment happen that time is so memorable.selepas itu kami di arahkan kemas asrama semula sebab nk balik kampus masing2~.time tuh rse sayang plak nk tinggal semua.so utk mengerat siratulrahim antara sahabat.bertukar2lah no.phone.Tapi rein bagi no.phone pada yg meminta jew~yg lain rein bagi alamat myspace,YM, ngn url blog.it OK.if u all nk no.rein.Just ask me k~.sekian itu saja.harap korang berjaya dalam bidang korang~keep in tOuch..









Pssstt..
1.mohon maaf~lepas rein balik dr kursus.Jadual aktiviti rein padat sampai xde mase nk upload.
2.kalo ada pix yg xde tuh.Maknanya picture tuh blur ataupun xjadi..
3.siapa2 antara peserta yg masih mahu berhubung dgn rein.bOleh keep always update my blog or utk merapatkan lg hubungan sesama manusia.silalah cari no.sy pd yg sudah memilikinya..harap maklu~ huhu
Monday, August 3, 2009
Kursus SPRM at TANJUNG RHU
Posted by ~Rein~ at 7:57 AM 1 comments
Monday, July 27, 2009
Bon Odori 2009..!!
Bismillahhirahmannirrahim..
18July arituh rein dgn rakan2 bestie rein (Haziq,Fatin,Alan,dan sHizo) pergi ke festival jepun Bon Odori kt stadium Matshushita Shah Alam. First time pergi upacara nih. Plan nak ke sini dah lama sebenar~ dari sem lepas bestie rein nih dah janji.Katanya kt sana ada jual macam2 makanan jepun. Itu yg buat rein teruja..Hahha (bkn kaki melantak ehk).Tatkala orag lain sedang sibuk nk poe tengok MU kt bukit jalil. Yang lain nih pulak pergi serbu stadium kt sh.Alam nih tak kurang hebatnya. Rein baget orang yg datang kt festival nih lagi ramai dari yg tgk bola.Tak Percaya?? Bole tgk pix yg rein uPloadkan nnt.
Nak taip panjang pon dah xreti~ So nk di ringkaskan rein pergi sana selain mahu merasai sendiri camne sambutan BON ODORI nih. rein jugak mahu menikmati makanan jepun yang menarik macam sushi~ ramen~ nasi kari~(my feveret..:P) dan macam2 lg.Semua harga bagi menu tuh dijual dengan harga berpatutan. yang pasti part yg joget ramai2 tu yang seronok.Heheh.Bertambah menarik lagi pula ramai amoi2 yg cute-cute. Ada pulak datang dengan mengenakan pakaian "KIMONO". Perghhhh~. Cair beb~.heheh..Tak percaya Jugak?Haaa..tengok kt bawah nih ada salah satu yg sempat rein snap dgn yg rakan2..:P
Lastly~sedang sibuk snap picture gelagat orang yang datang. terlupa plak nak snap picture sendri.heheheh..dalam kul10 lebih tamat sudah upacara tuh.Sebelum tuh sempat gak bergambar ramai2 utk kenangan.hehe~kenangan terindah.cheeewah~
tazkirah: "Demi dzat yang diriku ada ditanganNya, tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hambaNya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya.."-Hadis riwayat Muslim
Posted by ~Rein~ at 10:49 AM 1 comments
Sunday, July 26, 2009
Ciri-Ciri Seorg Kawan yg best bg REIN
Bismillahhirrahmannirrahim..
kali nih rein nk beri pandangan rein tentang ciri2 kawan
*Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya
anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang
langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik
untuk anda.
*Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap
orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda
menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang
mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara
satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.
*Hargai pendapat satu sama lain.
*Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama
24jam.
*Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan
anda mempunyai minat-minat yang lain juga.
*Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca
fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda,beritahulah.
Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan(stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.
*Belajar daripada satu sama lain.
*Jangan mengata di belakang kawan anda.
*Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.
*Last skali Bersahabatlah dgn org yg dh baca blog rein ini then dia bgtau kawan2nya yg lain kerana dia seorang sahabat yang paling best.. naper? tak percaye ker? huhu~
Posted by ~Rein~ at 11:46 AM 0 comments
Saturday, July 25, 2009
"Al-fatihah buat YASMIN AHMAD..:'("

Bismillahhirrahmannirrahim...
Malam td sedang rein asyik leka main internet.Rein dapat 1 berita dr kawan myspace rein (Azim Summer Love). Dia beritahu yg pemergian seorang "Insan yg Unik" bagi rein.iaitu Yasmin Ahmad. Rein meminati beliau kerana hasil kerja dan idea yg cuba disampaikan penuh makna tersurat dan tersirat. Beliau juga mghasilkn filem yg juga dapat diiktiraf serta menang di peringkat Antarabangsa.Antara filemnya ialah spt SEPET,GUBRA,GUBRA,MUALAFF,MUKHSIN & TALENT TIME. Tak kurang hebat juga iklan TV yg dihasilkan nya sempena merdeka dan hari raya. Bagi rein dia seorang insan yg betul2 memahami erti KEHIDUPAN lalu menyampaikannya dlm semua hasil kerja filem dan pengiklanan.
Rein dapat tahu bahawa beliau sudah lebih 2 hari berada dalam koma akibat serangan strok dan pendarahan dalam otak, pengarah filem handalan, Yasmin Ahmad, 51, akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini, jam 11.25 malam tadi, Sabtu.Yasmin meninggal akibat pendarahan yang terlalu banyak pada otaknya.Jenazah arwah pula akan dimandikan dan disembahyangkan di sebuah masjid di SS19. Kalau tiadal aral melintang jenazah arwah akan dikebumikan sebelum waktu Zuhur.
Allahyarham Yasmin sebelum ini telah rebah akibat serangan strok di Sri Pentas, TV3, di Bandar Utama, kira-kira jam 3.10 petang pada Khamis, 23 Julai lalu. Ketika itu beliau sedang membuat pembentangan kertas kerja untuk satu projek terbaru di depan kakitangan pengurusan TV3 dan juga penyanyi terkenal, Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa.
Beberapa jam selepas dimasukkkan ke pusat perubatan itu, Allahyarham telah menjalani pembedahan pada bahagian otak dan terus berada dalam keadaan kritikal sehingga ke detik akhir.
REIN mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham. Al Fatihah.
Posted by ~Rein~ at 9:28 PM 1 comments
Friday, July 24, 2009
12 SIFAT SAHABAT
Bismillahhirrahmannirrahim..
1. Jika engkau berbuat bakti kepadanya, ia akan melindungimu.
2. Jika engkau rapatkan persahabatan dengannya, dia akan membalas baik persahabatanmu itu.
3. Jika engkau perlukan pertolongan daripadanya berupa wang dan sebagainya ia akan
membantumu.
4. Jika engkau menghulurkan sesuatu kebaikan kepadanya, ia akan menerima dengan baik.
5. Jika ia mendapat sesuatu kabajikan (bantuan) daripadamu, ia akan menghargai atau menyebut kebaikanmu.
6. Jika ia melihat sesuatu yang tidak baik daripadamu, ia akan menutupnya.
7. Jika engkau meminta sesuatu bantuan daripadanya, ia akan mengusahakannya.
8. Jika engkau berdiam diri (kerana malu hendak meminta), ia akan menanyakan kesusahanmu.
9. Jika datang sesuatu bencana menimpa dirimu, ia akan meringankan kesusahanmu(membuat sesuatu untuk menghilangkan kesusahan itu).
10. Jika engkau berkata kepadanya, nescaya ia akan membenarkanmu.
11. Jika engkau merancangkan sesuatu, nescaya ia akan membantumu.
12. Jika kamu berdua berselisih faham, nescaya ia lebih senang mengalah untuk menjaga
kepentingan persahabatan
Posted by ~Rein~ at 11:29 AM 0 comments
Wednesday, July 22, 2009
Derma Dara lagi?hahhahaha..
Bismillahhirahmannirahim...
Hahahaha.jgn salah faham.Sebenarnya harinih kt kampus rein ada buat event BLOOD DONATION.Hehe.bab-bab kena mengena dgn darah rein memang minat.so rein pon pergilah mendaftar.Setiap kali mendaftar saja.rein akan beritahu yang rein first time derma.Erkk~sebenarnya lps dh derma.buku kecil yg warna merah tuh rein campak bersepah.Malaz nk cari balik.huhu.Sepatutnya setahun hanya boleh derma 2kali shj.tapi rein dlm setahun dh xingat berapa.huhu~So nk jadikan cerita.rein pergi derma darah dgn kawan rein masa diploma dlu.Faiz namanya.Dia masing single~hahah.KalO dia xdtg.rein pon xkan pergi derma pon.Ada 3kaunter disediakan.First skali kaunter utk lihat darah kita jenis apa.Second kaunter is consult about our health.third kaunter tu ape lagi.cucuk jarum r~adoi!!.hahaha.kalo nk di'ikutkan rein xle nk menderma.sbb rein belum makan pape pon dr pagi.Nnt badan akan betul2 lemah.tp rein ckp dgn doktor tuh sume tuh rein dh buat.maaf~tipu sunat.So kali nih nurse yg nkamk darah adalah jenis dara2.hahah.sbb sebelum nih rein
dpt mak2 org jew.hazap betul.kuikuikui~tp nurse2 dara nih sombong r.kerek seh.kalo org2 jenis kerek nih.memang rein akn wt dia smpai bengang.hahah.mule2 rein skat tnye nama.Then rein tanye pasal kebaikan derma darah nih ape sampai la ke isu2 semasa.hahah.bertuah la sape dapat penderma darah mcm rein nih.kikikiki~tp xjgk.nurse tu amk peluang kenakan rein sampai 2x inject bius kt tgn.sakit tuh~nasib baik dia cantik.That time bru terfikir.kan best kalo nurse mak2 org yg amik alih tugas nih.baru happening skit.mcm yg lepas2 (sila rujuk post yg dulu).xsampai 5minit darah rein dh full 3paket.mangai~ byk diorang amik tuh.Tapi si faiz nih plak~senyp je sambil layan lagu jason miraz.heheh.Last skali disebabkn xmahu disakat oleh rein.Nurse yg surve kitorang td bertukar kepada nurse mak org(indian).She so sweet.Cakap pon lemah lembut.Xmacam nurse dara tuh.mybe dia xcukup pengalaman lagi kot.So lepas rein n faiz dah settle derma.Apalagi~ part yg paling best.Dapat makan free!!!!yay~ tp utk sem nih xmeriah cm sem lepas.xdpt byk stuff.sem lepas rein dpt BRG PERCUME SAMPAI beg plastik besar.sem nih ckit jew.huhu.apa2 pon.janji kita nk menderma IKHLAS~

P/S:
Maaf~ rein 21-25hb kne g Tanjung Rhu.Ada kursus Biro Tata Negara utk wakil kampus.So later rein akn update blog ehk..Jagadiri semua~
"Sesungguhnyasegala urusanNya apabila ALLAH mengkehendaki sesuatu, Dia hanya berkata: Jadilah!! Maka jadilah ia..." (surah Yasin:Ayat 82)
Posted by ~Rein~ at 12:00 PM 0 comments
Sunday, July 19, 2009
tips 5 Cara Pilih Sahabat
Nasihat al-Qamah: Lima cara pilih sahabat
NASIHAT yang boleh diikuti dalam membina persahabatan ialah sebagaimana
pesanan al-Qamah (seorang sahabat Rasulullah saw) kepada anaknya:
PERTAMA: Pilihlah sahabat yang suka melindungi sahabatnya, dia adalah hiasan
diri kita dan jika kita dalam kekurangan nafkah, dia suka mencukupi keperluan.
KEDUA: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, dia suka menerima dengan rasa
terharu, jikalau ia melihat kebaikan yang ada pada dirimu, dia suka
menghitung-hitungka n (menyebutnya) .
KETIGA: Pilihlah seorang sahabat yang apabila engkau menghulurkan tangan
untuk memberikan jasa baik atau bantuanmu, ia suka menerima dengan rasa
terharu dan dianggap sangat berguna, dan jika ia mengetahui mengenai keburukan
dirimu ia suka menutupinya.
KEEMPAT: Pilihlah sahabat yang jikalau engkau meminta sesuatu daripadanya,
pasti ia memberi, jikalau engkau diam, dia mula menyapamu dulu dan jika ada
sesuatu kesukaran dan kesedihan yang menimpa dirimu, dia suka membantu dan
meringankanmu serta menghiburkanmu.
KELIMA: Sahabat yang jikalau engkau berkata, ia suka membenarkan ucapan dan
bukan selalu mempercayainya saja. Jikalau engkau mengemukakan sesuatu
persoalan yang berat dia suka mengusahakannya dan jika engkau berselisih
dengannya, dia suka mengalah untuk kepentinganmu.
Dalam memilih sahabat kita hendaklah memilih sahabat yang baik agar segala
matlamat dan hasrat untuk memperjuangkan Islam dapat dilaksanakan
bersama-sama sahabat yang mulia.
"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan, Lidahmu basah dengan berzikir
kepada Penciptamu, Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu, ..dan
dosa-dosa yang silam disulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."
Posted by ~Rein~ at 7:32 AM 2 comments