D'NGENDAP!!!

count webpage traffic


Officially a blogger since:
Sunday, February 22, 2009, 11:58 PM

Monday, August 3, 2009

Kursus SPRM at TANJUNG RHU

Bismillahhirrahmannirrahim...

AMARAN..!!!
"INI POST TERPANJANG REIN SAMPAIKAN~"

Bismillahhirrahmannirrahim..

Salam muhibah~ hai..!! apa khabar semua?? hOpe sejahtera hendaknya.Ok!! Kali nih rein nak postkan tentang pengalaman rein berkursus selama 4Hari di Tanjung Rhu sempena kursus Jati Diri Anjuran SuruhanJaya Pencegah Rasuah.Untuk maklumat semua.Peserta yang terpilih untuk mengikuti kursus nih adalah wakil dari setiap IPTA/IPTS yang ada di selangor ini. Antaranya MMU, ADTEC, UPM, UTM,UKM, UIA,POLITEKNIK SH.ALAM, KOLEJ MARA BANTING.Setiap IPT dikehendaki meghantar 10org wakil.Tapi malangnya wakil dari kampus rein. Hanya rein seorang sahaja. So, that mean im the ONLY one who bring my campus name. It a big big responsibility. But it ok, Banyak hikmahnya.huhu..

So utk hari yang pertama rein sampai di tempat kursus, Rein berangkat petang dari kampus. Rein berangkat bersama En.Syafie and driver. Rein tak tahu pun tmpatnya dimana. So ini adalah pertama kali rein datang di lokasi itu. Kalo xsilap rein, rein tiba disana dalam pukul5 lebih. Yang peliknya, bile rein sampai dilokasi. Macam xde orang, senyap and sunyi sepi jew (dlm hati ckp betul ke x tmpatnya.ntah2 xjadi wt kursus..hahah). Tapi rupenya ada orang~ sebab diorg sume berkumpul dalam dewan. Setelah ditinggalkan oleh orang yg menghantar. Rein pon disambut oleh urusetia program.orang ala2~ mix chinese cikit.kepalanya bulat dan perutnya yg ciut kedepan.hahahah. Namanya abg bOb.Thanks sbb org pertama yg sambut rein.heheh. Masuk je rein kedalam dewan.perghhh..dah ramai yg dtg rupenya.heheh.malu pon ada gak.sbb mata yg memerhati tuh.adeh~ rein nih dh r pemalu.kuikuikui~ selepas taklimat sume. rein pun masuk ke asrama penginapan.Hmm..not bad.everythng provided.bilik air pon bersih.siap boleh mandi ramai2 lg.Tapi xde pon mndi ramai2.mandi sama2 dlam bilik air lain2.nama pon asrama.hehehe..so mlm hari pertama xdela aktivi yg menarik sgt.cume ice breaking, sesi kenalkan diri antara peserta dan fasilitator dan pengenalan pada kumpulan..

-pix will update later

Hari ke-2 Kami berangkat ke kawasan kampung (hehe..lupe nama kampung tuh).Disana rein menjadi penyokong kepada peserta bolasepak kursus berlawan dgn budak2 dari kampung tuh.hahhaha.adat kalah dan menang.Rein pon xtahu sapa yg menang.hehehe.Sbb rein leka snap gambar rakan yang xmain dan menjadi penyokong.Malam tuh pulak,kami semua ada majlis solat Hajat dan bacaan yasin serta makan beramai2 dgn orang2 kampung.meriah sungguh~.lauk sedap!!(tp knape rein sakit perut pagi tuh??)







Hari ke-3 pula.Setelah solat subuh dan senam poco2 serta sarapan pagi.Ada pula aktiviti mini explore race.tapi rein xjoin sekejap.sebab g klinik, berjangkit sakit mata dr siapa ntah ngn sakit perut (kn dh ckp~mkn byk lg).Haaa..yg lain asal senyum2.korang pon kne jugak kn.xpyh gelak org.hahaha.Setelah solat jumaat, ada pula ceramah dari yg berbahaya cik kamal.ala~yg slalu digosipkan dgn siti,linda onn ngn fazura tuh.hahah.Ceramah dia mmg best gilew~tergelak2 but then still ada pengisian yg berguna serta tips2.tak lupa juga pengacara majlis dia plak.perghh~.huhu.sje nk puji diri.kuikuikui.Lepas abh ceramah plak minum petang dan practice utk persembahan malam kebudayaan.hehehe.Jangan tanye siapa yg menang malam tuh (tgk pix nnt tau r~ :P).






<







Hari ke-4 (Last day).seperti biasa bangun solat subuh ,senaman dan sarapan.Ada plak sesi JanjiKu. Ceramah dia amat berguna.Cume satu part utk muhasabah diri kita dan keluarga tersayang tuh rein skip.HaloOoo~xckup lg ke nk aku menangis??huh?nasib baik that time datang pula seorang bidadari bernama atikah (anak urusetia yg sebaya dgn rein).Menemani rein utk hiburkan hati.she so sweet and very talkative.she say to me that her dream is to be Pembaca Berita dan rein pula akan menjadi pengaracara yg di sukai ramai.Insya'allah..amin~.smoga impian kita berjaya.huhu.Hope dapat jumpe dia lagi.Pelajar uitm sh.alam yg mgambil TESL dan sedang practikal di sekolah sukan.huhu~itu serba sedikit yg rein tau mengenai gadis bertuah tuh.so lepas di sabotaj oleh pakcik yg xbg aku beramah mesra dgn gadis bernama atikah itu tadi.rein pon masuk ke dewan untuk mengikuti ceramah smula.Time tuh pula sesi maaf memaafi~That time macam raya pon ada.dia ajar cmne nak salam dgn betul dari hati ke hati.seyes~ rein terkedu that time.The moment happen that time is so memorable.selepas itu kami di arahkan kemas asrama semula sebab nk balik kampus masing2~.time tuh rse sayang plak nk tinggal semua.so utk mengerat siratulrahim antara sahabat.bertukar2lah no.phone.Tapi rein bagi no.phone pada yg meminta jew~yg lain rein bagi alamat myspace,YM, ngn url blog.it OK.if u all nk no.rein.Just ask me k~.sekian itu saja.harap korang berjaya dalam bidang korang~keep in tOuch..


Pssstt..
1.mohon maaf~lepas rein balik dr kursus.Jadual aktiviti rein padat sampai xde mase nk upload.
2.kalo ada pix yg xde tuh.Maknanya picture tuh blur ataupun xjadi..
3.siapa2 antara peserta yg masih mahu berhubung dgn rein.bOleh keep always update my blog or utk merapatkan lg hubungan sesama manusia.silalah cari no.sy pd yg sudah memilikinya..harap maklu~ huhu

Monday, July 27, 2009

Bon Odori 2009..!!

Bismillahhirahmannirrahim..

18July arituh rein dgn rakan2 bestie rein (Haziq,Fatin,Alan,dan sHizo) pergi ke festival jepun Bon Odori kt stadium Matshushita Shah Alam. First time pergi upacara nih. Plan nak ke sini dah lama sebenar~ dari sem lepas bestie rein nih dah janji.Katanya kt sana ada jual macam2 makanan jepun. Itu yg buat rein teruja..Hahha (bkn kaki melantak ehk).Tatkala orag lain sedang sibuk nk poe tengok MU kt bukit jalil. Yang lain nih pulak pergi serbu stadium kt sh.Alam nih tak kurang hebatnya. Rein baget orang yg datang kt festival nih lagi ramai dari yg tgk bola.Tak Percaya?? Bole tgk pix yg rein uPloadkan nnt.



Nak taip panjang pon dah xreti~ So nk di ringkaskan rein pergi sana selain mahu merasai sendiri camne sambutan BON ODORI nih. rein jugak mahu menikmati makanan jepun yang menarik macam sushi~ ramen~ nasi kari~(my feveret..:P) dan macam2 lg.Semua harga bagi menu tuh dijual dengan harga berpatutan. yang pasti part yg joget ramai2 tu yang seronok.Heheh.Bertambah menarik lagi pula ramai amoi2 yg cute-cute. Ada pulak datang dengan mengenakan pakaian "KIMONO". Perghhhh~. Cair beb~.heheh..Tak percaya Jugak?Haaa..tengok kt bawah nih ada salah satu yg sempat rein snap dgn yg rakan2..:P


Lastly~sedang sibuk snap picture gelagat orang yang datang. terlupa plak nak snap picture sendri.heheheh..dalam kul10 lebih tamat sudah upacara tuh.Sebelum tuh sempat gak bergambar ramai2 utk kenangan.hehe~kenangan terindah.cheeewah~


tazkirah: "Demi dzat yang diriku ada ditanganNya, tiadalah Allah menentukan sesuatu keputusan kepada hambaNya yang mukmin melainkan akan membawa kebaikan kepadanya.."-Hadis riwayat Muslim

Sunday, July 26, 2009

Ciri-Ciri Seorg Kawan yg best bg REIN

Bismillahhirrahmannirrahim..

kali nih rein nk beri pandangan rein tentang ciri2 kawan

*Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya
anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang
langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik
untuk anda.

*Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap
orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda
menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang
mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara
satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

*Hargai pendapat satu sama lain.

*Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama
24jam.

*Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan
anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

*Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca
fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda,beritahulah.
Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan(stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

*Belajar daripada satu sama lain.

*Jangan mengata di belakang kawan anda.

*Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

*Last skali Bersahabatlah dgn org yg dh baca blog rein ini then dia bgtau kawan2nya yg lain kerana dia seorang sahabat yang paling best.. naper? tak percaye ker? huhu~