D'NGENDAP!!!

count webpage traffic


Officially a blogger since:
Sunday, February 22, 2009, 11:58 PM

Saturday, April 11, 2009

Accdicted kOrean Drama Series!!

Xtau kenapa xboleh tidur.Jadi rein layan r youtube.Nak layan citer2 korean yang rein teringin nak tgk.Antaranya Boy Over Flowers.Haha teringat masa skolah dulu..



Boys Over Flowers Casts

Koo Hye Sun as Geum Jan Di
F4:
Lee Min Ho as Goo Joon Pyo
Kim Hyun Joong as Yoon Ji Hoo
Kim Bum as So Yi Jung
Kim Joon as Song Woo Bin

Boys Over Flowers Synopsis:
Jan Di is an average girl whose family owns a dry cleaning store located near the luxurious and well known Shin Hwa College. Jan Di meets the four richest and most spoiled boys, F4, when she delivers laundry to the school one day. After saving a boy from committing suicide, she is admitted into the school. An incident involving Jan Di’s friend, Min Ji, forces her to declare war on the leader of the F4, Goo Joon Pyo.

That it.Pape pon rein suke jugak layan lagu Korean and also Japanese.So my afford to get archive. i trying to learn that language by refer to someone also by something useful.Even i am Slow but i mean it~ willing to learn more!!

Nasihat!!

Bismillahirrahmannirrahaim..

Thanks kepada rakan2 yang sudi baca blog yg rein postkan sebelum nih.Xsangka dpt sambutan hangat.Segala komen2 yg diberi.Rein hormati keputusan anda agar tak di publishkan.Pape pon.Maaflah~xdpt nk supply tisu kt masing2.tak terniat pun nak lukakan hati siapa2.Just utk bukakan mata semua pekara2 terpenting dlm hidup kita.Untuk itu,rein ungkapkan sedikit bingkisan..

DULU,
Doa dititip memohon rahmat,
Lahir anak penyambung cinta,
Lahir anak penyeri gulana,
Lahir anak pembawa bahagia,
Lahir anak penyinar sukma.

KINI,
Remajanya anak membawa derita
Mencuri mencaci amalan biasa
Memonteng bila – bila suka
Merokok santapan jiwa
Malunya rasa bertemu pengetua
Bagai tak tahu menjaga mereka
DULU,
Anak lahir ditatang dikasih
Anak lahir dibedung dikendung
Anak lahir diulit didodoi
Anak lahir dimanja dididik
Anak lahir ditatih dilatih

KINI,
Dewasanya mengundang duka
Bila dibelai dikatanya mengada-ngada
Bila ditegur menjaga tepi kainnya
Bila dimanja zaman siber tak perlukan itu semua
Bila dimarah membalas berjela-jela

DULU,
Bendang serelong berlumpur dijejak
Getah tua berbacin diinjak
Untuk menyuap mulut si anak
Dapat mainan berlari di laman
Dapat pakaian indah di badan

KINI,
Lumpur bendang jijik ditapak
Bacin getah meloya tekak
Lupa anak bumi dipijak
Dulu pernah bermain bergelak
Makan dan pakai situ terletak

DULU,
Berbasikal tua mengendong jerih
Bermotor buruk memikul kasih
Ke sekolah anak ilmu ditagih
Ke surau anak iman dipilih

KINI,
Honda Perdana mengganti tempat
Meluncur menghala ke timur ke barat
Basikal tua dibiar menanti karat
Warga tua ditinggal biar merempat
Menagih menanti kasih yang usai
Mengharap janji anak ditunai
Menghitung hari rindu terlerai

DAN KINI,
Ayah bonda diherdik dihina
Maklumlah anak punya sarjana
Ayah bonda setakat darjah lima
Menulis membaca alif ba ta sahaja
Putra Jaya alam siber tak pernah dijejakinya
Anak hilang hormat dan mesra
Lupa sudah asal usulnya

Rindu seorang Anak terhadap 3 permaisurinya!!

Bismillahhirrahmannirrahim..

Pada hujung minggu ini,Kalau di'ikutkan perancangan.Pada petang ini rein dan group production akan shoot utk band music video kitorg.Tetapi atas sebab masalah yang xdapat dielakkan.Pengambaran kami ditunda.Pada petang pukul3.45 ptg ini pulak.Hujan turun dgn lebatnya di kampus rein.Tak tahu kenapa,Hati rein tiba2 saja rindu akan EMAKrein dan arwah NENEK.Naluri diri ini pulak rasa macam nak saja peluk erat kedua-duanya.Then bila dah fikir macam tuh,sayu saja hati nih teringatkan mereka.xsedar pulak air mata dah terkumpul kat mata nih.Rein xsanggup hipokrit.Rein lepaskan saja air mata yg dh lama berlinang.Rein tahu,diri rein sbenarnya amat merindui kedua-dua keluarga rein.

Saat-saat ini pula,rein terasa mahu merasakan masakan EMAK,IBU DAN ARWAH NENEK.hehe.Dah macam budak2 rein kan.Nak bermanja dah besar2 nih.Tapi ntah la~ hati ini xpernah lari dari nk bermanja dgn mereka semua.Walaupun masing2 mempunyai karektor yg berlainan..

EMAK
Seorang yg amat menyayangi anak-anaknya,tabah dan cekal.Agak tegas dlm bab agama dan solat.tetapi boleh masuk kepala sbb sikapnya yg sempoi.happy go lucky dan lasak.haha.

IBU
Walaupun ia adalah ibu tiri.Tapi sikapnya yg tegas sentiasa dan rajin memasak boleh masuk line dgn rein.part yg paling best bila dah nk sampai musim raya.rein dan dia akan menyenaraikan jenis2 kuih raya yg nk dibuat serta warna utk pilihan baju raya.Kononnya nk beli semua warnanya sedondon.lagipun ibu rein mmg expert bab2 tawar menawar nih.serah saja pada dia.tu yg best kalo shopping dgn dia.

NENEK
Arwah sudah meninggalkan rein kira-kira 3tahun lps.Rein merupakan cucu kesayangan dr yg lain.sebab sudah dijaga dan di didik dr kecil.Apa saja yg rein nak.sumenya ditunaikan.Tapi kalo xdgr kata.haaa..kena rotan.Ingat lagi kenangan rein kena baling periuk olehnya dgn di bedal dgn batang ubi.mana taknya.dulu kecik2 memang nakal sangat2.hehe.semoga arwah tenang dan bahagia di samping orang2 solehah.

Begitulah karekter 3 permaisuri hati rein.macam-macam.rein amat menyayangi mereka.Kepada kwn yg baca blog ini.Rein nasihatkan, sayangilah keluarga anda.tanpa mereka semua.tidak akan bermakna anda didunia ini.Buruk dan baiknya diri mereka.Janganlah diambil kira.kerana mereka adalah segala-galanya dlm hidup kita dan hargailah orang disekeliling serta every moment yg berlaku.

Mata ibu yg merindui anaknya
Ayat Allah : “ Jangan sekali-kali kamu berkata ah…”juga dilupa Ajaran Nabi taatkan ibu bapa tak endah belaka.

FIKIRKAN, APAKAH SALAH IBU MENGANDUNG ? DAPAT ANAK TAK TAU DIUNTUNG ! APAKAH SALAH IBU MENDIDIK ? SUDAH BESAR IBU DIHERDIK !! APAKAH SALAH AYAH MENGAJAR? SUDAH BESAR TINDAKAN TAK WAJAR !!! BENARLAH UNGKAPAN, IBU SEORANG BOLEH MENJAGA SEPULUH ANAK, TETAPI ANAK YANG SEPULUH TAK PASTI LAGI DAPAT MENJAGA IBU SEORANG !




Renung-renunglah cerita diatas~

Friday, April 10, 2009

Jumpe Orang Disayangi~

Bismillahhirrahmannirrahim...

Hari nih rein sprti biase,bangun seawal pukul8 rein dh bangun bersiap pergi ke kelas.Pagi2 lagi juga my bestie si shizO dh ym rein bgtau sruh bawak lappy(laptop) g kelas.hallo!!!pandai ko bagi rein wat exercise ehk pagi2 lagi.Tapi rein xbwk lappy rein pon.sbb sound lappy rein rosak.si shizo nih sbenarnya nk tunjuk hasil editing music video kitorng yg dah 60% siap.sO rein pon call another my bestie rein kt kampus nih.Si fatin~ hehe.dia sensei rein.sebab dia ada ajar rein cakap jepun.sikit2.haha.so kana~.sO rein pon bergerak ke kelas dgn dia.kami jalan catwalk.ibarat mcm pentas dunia utk fesyen show.hahahaha~kelas pon berjalan spt biase sampai kul1..

Lepas je sembhyang jumaat, rein kena submit assgment yg rein dh buat mlm semalam.agak kelam kabut jugak.sebab rein xde printer.kawan rein plak sume ink diorang dh kehabisan,ada yg pc dh meletop.hahah.macam2.xde rezki rein.yela~ asyik tumpang print kt org jew.kali nih kena kuakan duit print kat kedai.adeh~kena berdiet lg utk 2hari.tapi pape pon alhamdulillah~ semuanya selesai.

Ptg tuh,rein ingat nk tidur petang.yela~ nk rehatkan badan kejap.then rein tgk kt YM.Orang kesayangan yang merangkap sbg kakak rein ajak jumpe kt KL SENTRAL.Haha.setelah bertahun kami xjumpe dan masih lagi berhubung eaach other melalui msg hp dan YM jew~.Tanpa berfikir panjang,ini sahaja peluang yang ada.rein pon terus bersetuju.So jumpe r rein dgn orang kesayangan.Kami lepak kat restoran WARONGKITA dlm kl sentral tuh.Dia belanja.huhu~thanks kakak.Di sebabkan rein dh lama xjumpe dia.mcm2 kami borak2 dan bertanya khabar.Kira2 dekat 2jam jugak kami berborak.Hinggalah kakak rein minta mengundur diri sbb ada hal lain.Pape pon,thanks to my beloved sis~ sbb bagi rein macam2 nasihat dan pandangan.Akan rein ingat apa yang sis cakap tuh.Lepas je hantar dia smpai depan pintu masuk utk naik LRT.Rein pun berjalan-jalan sekitar kl sentral tu sambil cuci mata then terus rein naik erl utk balik ke kampus.SEKIAN~

p/s
Thanks to my roommate a.k.a my close friend sebab temankan rein jumpe kakak rein.yOu're my best i ever meet~love all that kind of people

Thursday, April 9, 2009

Festival Tari Piala Tun Dr.Siti Hasmah 2009!!

Bismillahhirrahmannirrahim...






Haaa..kepada kwn2 yg rajin membaca blog rein.Kali ini rein nak menjemput anda semua dtg ke festival tari nih.Untuk pengetahuan semua, rein pun ada terlibat.Hahah.Tak pernah terfikir utk terlibat dlm tarian nih.Jadi jika yang berkesempatan,marilah memeriahkan suasana.Banyak aktiviti sampingan yg ada serta tetamu terhormat Dr.Siti Hasmah pun akan hadir.kalau tak silap rein juga,Banyak Institusi pengajian terlibat dlm acara ini.Jadi jangan Lepaskan peluang yea....

Padan Muka kerja Last Minit!!!

Bismillahhirrahmannirrahim..

Fuh.. siap gak assignment Digital Media yg rein sendiri delay2kan...kerja nih dh diberi minggu lepas.tp sampai hari khamis mlm bru nk buat! hehe. Bkan rein x nak buat awal2.ntahlah...mcm blur, xpaham apa yg dia nak(asignment) then bile dh xphm.jadilah mls pulak....so delay2 punyer psl,haaa...sampai terlupo. kepala rein nih jadi kusut tahap dewa naga dah nk fikirkan idea! adeh~

Assignment rein kali ni nak rein rekakan 3design senang citer website r.Requirement dia janji ada tittle,image,link button and description ckit.sekejap je buatnya,dek sebab perangai sebati seorang student.suke amik remeh.Haaa..xde r ilham nk dtg bg idea.

Web Resume

Google Devil May Cry 3

First website, rein buat web pasal resume.Huhu. Sebab sebelum start design website td, rein buat asignment resume.Yang pulak utk subject Creative Communication.Then ntah camne utk design yg ke-2, rein amik idea dr google.selalunya..kalo korang nk search.pix dia bosankan.Jadi rein buat revolusi cikit.huhu.Asalnya nk letak pix SILENT HILL 4.tapi ntah cmne terjumpe plak si dante tu.DEVIL MAY CRY 3.hehe...

Sunday, April 5, 2009

KURSUS KAHWIN - DAYS 2 (last Day)

Bismillahhirrahmannirrahim~

Seperti yg sedia maklum.Hari ini adalah hari ke-2 dan hari terakhir rein menghadiri kursus pra-perkahwinan.Seawal pagi pukul7.30 rein sudah bangun utk bersiap pergi ke kursus.Sampai saja di dewan kuliah pada pukul8.45. Rein mengambil tempat duduk rein yg semalam dan ceramah yg pertama utk pagi yang indah nih adalah

Sesi 5 & 6:Pengurusan Kewangan & Komunikasi Berkesan Suami Isteri.

Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Hidayat.Beliau adalah Pen.Peg.Hal Ehwal Islam PAID Gombak Timur.Isi-isi ceramah yg disamapaikan ialah pengurusan masa,kesan pengurusan kewangan bersama,langakah-langkah dan bagaimana menghidupkan komunikasi yg baik antara suami isteri.Hahah.Bab yg last tu rein bersemangat sikit..:P

Sesi 7: Kesihatan
kalau dah tengok tajuk tentulah Ceramah tentang kesihatan.ia disamapaikan oleh En.Safruddin dr Pegawai Kesihatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Ceramah ini banyak mendedahkan rein bertapa bahayanya seks bebas sebelum kahwin.Juga memberi contoh2 penyakit kelamin.Ngeri~ rein tgk gambar2nya.Juga part yg paling rein xkelip mata melihat ialah dia memberi tayangan bagaimana melahirkan bayi yg NORMAL,SONGSANG dan melalui OPERATE.Hm..Insaf rein seketika.terbayang mcmana la mama rein melahirkan rein serta 7 lagi anaknya.adeh~.Tapi best,ia buatkan rein rasa nak bersama dgn isteri rein apabila nk melahirkan anak nnt.amin~(huhu~ berangan)

Sesi 8: Penceraian,Pengurusan Talak,Takliq dan Prosedur Penceraian
Ceramah yg terakhir nih pula,Disampaikan oleh Ustaz zainal Abidin.beliau adalah Pen.Peg Hal Ehwal Islam Bahagian undang undang keluarga JAIS.Ceramah nie menerangkan pada rein Tentang Talak,jenis2 lafaz talak,jenis2 talak,fasakh prosedur penceraian,hak penjagaan anak2 dan byk lagi.


KESIMPULANNYA:
Perkahwinan itu bukanlah semudah yg kita sangka.Bukan sekadar fikir nak buat anak sahaja.tetapi banyak tanggungjawap yg perlu kita pikul selepas berkahwin baik suami mahupun si isteri.Memerlukan perancangan yg teliti dan jitu.Apa yg penting KERJASAMA!!(ada betulnya lagu wonderpet tuh..huhu).Tapi yang pasti dan semestinya..
rein sudah pun ada sijil.So kurang la salah satu beban rein pada masa akan dtg.Xperlu utk mengambil kursus lagi.Cume pergi buat Ujian saringan HIV dan isi borang kahwin.Duit hantaran dan perbelanjaan kahwin kne fikir jugak.huhu~.bukan senang nak sara anak orang oiiiiiii~ :P

p/s
Rein bangga dan hargai sgt2 bila melihat seorang gadis yg juga student kt kampus jgk.Rein ingatkan dia plajar foreigner dr indonesia.tetapi setelah kaji selidik.Dia gadis dr sabah.Walaupun bukan beragama islam.tetapi berminat utk sertai kursus kahwin nih.Rein xtahulah jika ia dtg berpasangan.Kalo ia dtg berpasangan.Alhamdulillah~harap lelaki tuh dapat membimbing dia sepenuhnya.Rein mendoakan kebahagiaan beliau juga pasangannya..