D'NGENDAP!!!

count webpage traffic


Officially a blogger since:
Sunday, February 22, 2009, 11:58 PM

Wednesday, June 10, 2009

Pemergian Ibunda tersayang..

Bismillahhirahmannirahim..

Asslmmualaikum~ pada 30hb Mei 2009.Tepat pada pukul 4pagi.Tatkala semua manusia sedang lena tidur buai mimpi indah.Tetapi rein d'kejutkan pula dgn panggilan dr seseorang.Rein jawap telefon itu dan rein terdgr suara seorang lelaki menanggis terkedu-kedu.Setelah diamati betul2, rupenya suara itu adalah suara abg rein yg sulung yg berbunyi..

"Angah~.."
"Hah,kenapa nih pagi2 menanggis??"
"Mama tak sedarkan diri.along kt hospital sekarang.."
"Ya allah..apa ni long,kenapa nih? jgn main2"
"Betul~mak semput.skrg dia xsedarkan diri.kejap lg along call balik.."

tut...tut" (talian terputus)

Rein terdiam seketika,adakah rein bermimpi.Lantas rein lari ke bilik adik perempuan rein dan mengetuk pintu biliknya.Apabila adik rein terjaga dan membuka pintunya.Terus rein masuk dan duduk di meja make-upnya.Adik rein bertanya..

"Kenapa nih angah?"
"Entahlah,angah xtau sama ada angah mengigau ataupun betul2.."
"Kenapa?"
"Ntah~ along call angah td.Dia nangis2 ckp mama xsedarkan diri dan dia skrg ada kt hospital.."
"Biar betul angah.."
"Itulah~ cuba u pergi bilik angah dan amik my handphone.tengoklah sendiri.."

Terus adik rein pergi ke bilik rein untuk mengambil handphone rein sambil berjalan dalam keadaan mamai.Selepas itu..

"Ha'ahlah ngah~ along call awak td"
"Kalo mcm tu, Angah bukan mimpilah.U ada credit x?try call along semula"
"Credit xckup la~ nnt kejap.pergi pinjam Handphone ayah.."

Dalam keadaan bergegas.Adik rein pergi mengetuk pintu bilik ayah rein yg berdepan dgn biliknya.Setelah berjaya mendapatkn hanphone ayah rein.Adik rein kembali semula ke biliknya sambil di ikuti oleh ayah rein.Lantas ayah rein bertanyakan pada rein.Apakah yg telah berlaku??Rein pun menceritakan apa yg berlaku sebentar td. Sementara itu, adik perempuan rein membuat panggilan terus ke Ayah tiri rein untuk bertanyakan tentang mama rein..

Talian disambungkan..

"Hallo abah.."
"Abah tgh busy nih,nanti abah call balik.."

Talian diputuskan


Setelah adik perempuan rein beritahu apa yg ayah tiri rein sampaikan terus dia membuat panggilan kepada abang rein pula.Akan tetapi panggilan tidak diangkat.Hati rein mula gelisah.Apakah yg berlaku sebenarnya.Selang beberapa minit.tiba2 handphone rein berbunyi menandakan mesej masuk.Lalu rein bukak dan membaca pesanan ringkas itu yg berbunyi..

"Mama dah pergi.."

Ya allah..berderau badan rein apabila membaca pesanan ringkas dari abang rein itu.Lantas mulut rein mengucap..

"Innallillahirahjiun.."

Terus handphone terlepas dari tangan rein dan terhempas ke lantai.Rein terdiam dan adik perempuan rein pula mengutip dan membaca pesanan ringkas itu pula.Apabila dia membaca,terus adik rein menjerit sambil mengucap..

"Ya allah!! mama!!"(terus menanggis)

Ayah rein pula bertanyakan pada rein kenapa dan apakah yang telah berlaku.Rein xdpt nk berkata apa2.Lantas adik perempuan rein menjawap dlm keadaan menanggis itu..

"Ayah..mama dah xda"
"Huh?Jangan main2.."
"Betul!!! tgk mesej yg along hantar nih.."

Terus ayah rein mencapai handphonenya dan membuat panggilan kepada abang rein untuk mendapatkan maklumat lanjut.Setelah dikenal pasti berita yg disampaikan itu td.Dalam keadaan serupa itu terus ayah rein memeluk kami dua beradik tanpa disedari ibu tiri rein memasuki bilik bertanya apakah yg telah berlaku.Tanpa berlengah masa, Rein dan adik rein terus bergegas untuk bersiap ke rumah mama rein di Kuala kubu Bharu. Sambil itu juga rein memberitahu kepada adik bongsu rein yg berada di rumah
sana.Juga sedara mara yg lain.Untuk pengetahuan semua, Arwahyahammah ibunda tercinta mama rein meninggal di hospital ipoh.Doktor sahkan waktu meninggalnya pada pukul4 akibat Asthma.Arwahyahammah mama rein ke sana adalah kerana mengikuti suaminya (Ayah tiri rein) yang menghadiri kursus selama 5hari bersama adik2 kecil rein.Nasib baik kebetulan abang rein yang skrg tgh melakukan practikal di lumut bhg.perkapalan Navy turut serta sekali.Kalau tidak bagaimanalah keadaan adik2 kecil rein pada saat2 yg kelam kabut itu.

Tepat pada pukul4.45pagi rein bergegas ke rumah mama rein di kuala kubu bharu dgn menaiki kereta rein Myvi SE.Pada saat itu,rein xkira apa2 pon.Dalam kepala hanya fikir hendak sampai di rumah sana secepat mungkin.Adalah dlm 120-150Km rein bawak kereta.Lagipun waktu subuh mcm tu kereta xbanyak.Lori2 besar dan traller je yg bergerak aktif time tuh.Sejam lebih selepas itu,rein dah selamat sampai di rumah mama rein.Rein dapati jiran2 telah pun menolong untuk melapangkan ruang2 dalam rumah rein itu.Alhamdulillah~ semangat kejiranan di sini memang rein hargai.Sementara menanti jenazah sampai, ramai juga yg telah bertandang di rumah dan bertnyakan hal yg telah berlaku.Semua bangsa ada.


Pada pukul2,tatkala orang ramai sedang menanti Jenazah sampai dari ipoh.Kelihatan kereta Avanza ayah tiri rein sampai.Terus rein menyambut mereka.Salam dan mencium tangan,terus ayah tiri rein rebah pada sisi rein sambil menaggis.Di'ikut adik perempuan rein dtg dan menyambut adik2 kecil rein yg kelihatan tidur di dalam kereta itu.Jiran2 terdekat datang dekat kepada rein dan cuba menenangkan ayah tiri rein. Rein pula terus mengejutkan adik2 rein bangun dari tidur.Dalam berkeadaan berbaju tidur,Mereka bangun dan melihat abangnya, terus mereka menanggis pada rein.Tanpa menahan lagi,rein pun turut menanggis bersama.Tanpa berlengah masa, rein mendukung mereka bertiga sambil dibantu adik perempuan rein.Bawak masuk ke rumah untuk dimandikan bersih sambil di lihat orang2 yg berada disana.Manakala abang rein pula,masih lagi dalam perjalanan ke rumah.Di fahamkan ayah tiri rein pulang dahulu kerana dikhuatiri adik2 kecil rein yg dlm keadaan terkejut dan trauma.

Orang pula semakin ramai dan khemah pun telah di pasang agar dapat orang yg hadir dapat berteduh.Kelihatan juga semua sedara mara di belah pihak mama rein,ibu tiri rein,ayah tiri rein dan ayah rein pun sudah sampai.Tepat pada pukul3 van jenazah dan abang rein telah pun sampai.Hati rein mula tak tentu arah.rein menyambut abang rein dan orang2 yang lain mula berkerumun van jenazah itu. Rein pula,serta 2 adik perempuan rein memeluk abang rein bersama2.Kelihatan orang telah pun mengangkat jenazah arwahyahammah mama rein ke dalam rumah.Suasana ketika itu,xdapat rein katakan.majoriti yg rein nmpak mengalirkan air mata.Apabila orang ramai berpusu2 mahu melihat muka arwahyahammah mama rein.Hinggakan rein xdapat nak masuk rumah rein sendri.Rein lari berpusing untuk mengikuti melalui pintu belakang rumah.Akhirnya rein dapat menatap muka orang yg paling sayangi dlm dunia ini.Ya allah,x dapat rein nk berkata apa2.Bohonglah kalo rein xmgalirkan airmata.Rein mencium ibunda rein banyak kali.Rein peluk cium sepuas2nya.Rein xpeduli orang2 sekitar rein.Hinggalah keadaan ketika itu xboleh dikawal.Rein menatap muka arwahyahammah mama rein yg putih salju itu.Sungguh tenang mukanya.

Apabila keadaan sudah mulai terkawal rein lari ke bilik air dan mengambil wudhuk.Selepas itu, rein terus mencapai buku yasin dan duduk di sisi arwahyahammah untuk sedekah bacaan rein kepadanya.Untuk makluman semua,Jenazah telah pun siap dimandikan,di kapankan dan telah disembahyangkan di hospital dan masjid ipoh.Selang setengah jam selepas itu,Jenazah dibawa ke Masjid besar Kuala kubu bharu untuk disembahyangkan sekali lagi selepas solat asar.Sesudah itu dibawa pula ke tanah perkuburan di kuala kubu road.Akhirnya majlis selesai pada pukul5 lebih..Alhamdulillah

p/s:
Arwahyahammah adalah seorang yg peramah,lasak,amat di senangi dan periang.Sikapnya seperti itu membuatkan atendan kesihatan di rumah orang tua RUMAH EHSAN KUALA KUBU BHARU,sungguh tak disangka oleh orang2 yang mengenalinya atas pemergian beliau.Bertapa hebatnya kuasa ALLAH itu.Sekelip mata sahaja.Kehilangannya cukup dirasai oleh semua orang.Ternyata tuhan lebih menyayangiNYA.

Mama..
Angah mohon ampun dan maaf dari hujung rambut hingga hujung kaki.Halalkan segala yg telah mama berikan sejak angah berada dalam perut mama lagi hinggalah dewasa kini.Walaupun hanya angah seorang sahaja yg tidak berkesempatan berada dgn mama.Tetapi dalam hati angah tidak pernah pun sedetik lupa pada mama.Mamalah segalanya bagi angah.Hanya tuhan sahaja yang tahu.Semoga mama berada senang disana bersama orang2 yg solehah dan bertaqwa.Angah akan sentiasa panjatkan doa untuk mama disana.Insya'allah..suatu hari nanti kita akan berjumpa semula dgn semua keluarga2 kita.Mama tunggu disana yea.Angah berjanji, angah akan ingat segala pesan dan amanat mama.Akan angah tunaikan hajat mama itu untuk melihat anak2 mama berjaya dalam hidup.Angah juga berjanji akan menjaga adik2 sebaik yang mungkin hingga menjadi orang yg berguna mama.Itu janji angah.Akan angah lakukan semua itu,demi mama.Ma..angah sayang mama.tiada siapa yg dapat mengantikan mama di dunia ini.ya allah..engkaulah berkuasa dilangit dan bumi ini.dan hanya engkaulah yg mengetahui hati hambamu yg kerdil dan hina ini.perkenankanlah doa2 ku selama ini ya allah....amin yarabbalalamin~

20 comments:

Blog Anuar Kamaruddin™ said...

innalillahi wainnalillahi rajiun

iyllienaz said...

salam takziah..moga tabah hadapi segala dugaan..Semoga arwah ditempatkan dikalangan org2 yg beriman..amin..

Indah Cuma Seketika.... said...

Al-Fatihah.....! Semoga Roh Beliau Sentiasa Dicucuri Rahmat Daripada Allah....

Buat adik rein....bersabarlah.... & ikhlaskanlah kepergian Arwahyahammah....

PandaMerah said...

takziah ek dyin....
saba jer aper yg blaku.....
aku phm keadaan ko...
trust me aku phm....




oh n by da way ko luper letak conversation kiter kul 4 pagi tuh
hahahaha
xder la memain jer....
rilex k
c u in mmu

epullani said...

takziah buat kamu...
semoga tabah dengan pemergiannya...
Same2 kite berdoa agar rohnya d cucuri rahmat dan d tempatkan di kalangan orang beriman..
amin...

Unknown said...

salam dein..sabarlah..moge arwah mak ditempatkan disisi org2 yang mulia..amin..kasih ibu mmg sejati tp dein kene kuatkan diri coz dein masih ader lagi keluarga yang memerlukan..moge kamu tabah..

kyoo reza said...

takziah rein...
kyoo phm ur feeling nOw..menangis bc ur post
kyoo pn br kehilangan mak 24 may lps..
kyoo smpt jg mak kjap jew..
kbtulan cuti sem...

kyoo hrp rein tabah..
smoga arwah mak rein dicucuri rahmat n ditempatkan di kalangan org2 yg bertaqwa..amin

itisrajah said...

rein, takziah.
sabar ye.
Allah lebih sayangkan arwah.
sme2 kita doakan agar rohnya dirahmati Allah.
insyaAllah.
amin.

agzamry said...

you..i hope u sangat tabah hadapi saat macam ni.even saya x pernah rasai..tapi atu hari saya akan rasai juga benda ni..
mengalir air mata sy baca nukilan awak.sbb teringat pula kat my own mom.tak tahu lah macam mana keadaan i kalau berada dalam keadaan u..mungkin u lebih kuat.
apa apa pon...selalu lah sedekahkan al fatihah..dan bersedekah bg pihak mama awak.doa anak yang soleh...menyenangkan ibu bapa kita di sana..insyallah...
semoga mama awak dihimpunkan dengan manusia manusia yang soleh.kasih ibu ada lah selamanya...sabar..dan terima dengan hati terbuka..i know its hurt..but life must goes on kan...all da best.

Anonymous said...

sedih dan sayu..

Reedhakan lah pemergiannya,tuhan lebih sayangkan dia.Sebagai anak tanggungjawab belum habis,banyakkan doa,bacaan yasin serta jadi anak soleh dan solehah.

kita semua akan kesana cuma masa je yang akan menentukan,persoalannya kita sudah bersedia atau tidak?

FF said...

Sayang, sabar byk2. I know its hard for you but you know you can count on me aite. Just text or ring me at anytime, I'll be there for you love! ;)

Fadilnand CGT FC said...

maaf ye lmbt
sy tak tau pn
tp pape pn
takziah wat shabat ku
harap dyn bersbar yer
bnyk kan berdoa utk ibu yer

Nabilah Rashid said...

innalillahi wainna ilaihi raji'un
tabahkan dr n kuatkn smgt.tnyata Allah lbih sygkn ibumu.
sy sje browse blogs n tbace dis post.ttaw nape tros bsah mate.sicerely sorry for d los.alfatihah.

вιвι αιиαα™ said...

takziah atas pemergian ibu youu . maybe i lambat follow your blog . hope youu tabahh and reda okayy . i macam youu jugakk , ibu kandungg i meninggal 2003 yangg lepas . that year i baru darjahh 4 and dari kecikk ta pernahh langsungg rasaa kasihh sayangg ibu kandungg coz dari 2 hari lepas dilahirkn , ibu kandungg i kasi i kt keluarga angkat i . youu kiraa untungg dari i . at least youu dapat rasaa kasihh sayangg diaa dari youu lahir she left youu . btw , selalu lahh sedekahhh kn doaa untukk diaa okayy . ASKUM

syeera said...

takziah rein. :( al-fatihah

I ♥ British Accent said...

takziah rein..=(

NaNaBdKbaiK ♥♥ said...

takziah ye awk..
tabahkn ati k...

mohdikram said...

hiba rasanye,
ibu yg dikasihi
pergi meninggalkan,
menemui Illahi.

gugur langit
menyembah bumi
cahaya terang menjadi kelam
haluan rasa hilang entah kemana
tempah mengadu tiada lagi

hanya tawakal
dan doa anak solleh mampu
mampu memberi ibumu kebahagiaan abadi.

al-fatihah buat allahyarhammah.

Cahaya Kehidupan said...

salam,

rein...harap awk tabahkan diri..
i noe that feeling becoz abah sy pun meninggal dunia pada 2 mac 2009....apa yang kiter perlu buat as anak adalah sentiasa berdoa untuk kesejahteraan mereka disana...sebaik2 harta yang mereke dan kiter akan tinggal kan salah stu nyer adalah anak yang soleh dan solehah....

zurawaniey said...

assalamualaikum rein...takziah atas pemergian mama rein..zura harap rein tabah.. n maaf sebab dah lame x jenguk blog rein..baru hari ni tergerak hati nak tgk blog rein..
ape2 pun, all da best 4 ur study, penuhi impian arwah mama..mesti die gembira bile tgk anak2 die berjaye..insyaallah kalau rein kuat, Allah sentiasa bersama hamba2nya yang kuat dan tabah...takziah sekali lagi dari zura.. terima takdirNya dengan tabah rein...
jage diri k...