D'NGENDAP!!!

count webpage traffic


Officially a blogger since:
Sunday, February 22, 2009, 11:58 PM

Sunday, March 15, 2009

BAS RAPID,ERL DAN KOMUTER

Bismillah'hirrahmannirrahim..

Kejadian ini berlaku pada 13 Mac 09.Sejak dah masuk belajar tmpt baru. Inilah 'first time' rein balik ke kmpung dgn pengangkutan awam dari kmpus. Ahaha. sebelum ni kalo nk balik pinjam kereta abg jew~ tp memandangkan abg rein bz dgn final projeknya. Jadi,rein xmahu menganggu dan menyusahkan beliau. Kalau diikutkan tmbang naik trnsport awam lg mahal dr naik kenderaan sndri.Begitu juga kalau nak dibezakan dgn masa. Tapi xpelah.belajar susah. Banyak hikmahnya.

Tujuan rein pulang ke SEREMBAN adalah kerana mahu meraikan adik perempuan rein yang baru shj mndapat keputusan SPM. Alhamdulillah, beliau mndapat keputusan yg baik...

(Taniah~ dpt result yg baik!!)


Mahu dijadikan cerita,setelah last minit abg rein beritahu dia xdpt pinjamkan kereta. Rein terpaksa menggunakan plan B (transport awam). Tepat pada pukul 8.15, rein sudah pun keluar dr hostel utk bergerak ke hentian bas(bustop) bersebelahan pintu masuk kampus rein. Hehe. Best jugak jalan kaki sambil bwk beg2 besar(stok baju xbasuh byk..huhu) dan beg laptop. Dalam perjalanan tuh,mata rein melihat kearah bustop dlm jarak 400meter. Tiba2, nampak plak bas sampai. Bas yg rein nak naik plak tuh. Adeh~ maknanya rein dh terlepas bas.Nak lari ke sana mmg xdan la. Dah kene wat sukan balapan. Aduiyai~ Baget bas banyak la lalu kt kampus. Rupanya dpt maklum balas dr org2 yg menunggu bas jugak beritahu. Dalam sejam,bas akn lalu dua kali (2x) shj. So maknannya rein dh terlepas bas yg jam kedua.kne tggu lg setengah jam.adoiyai~

Setelah setengah jam tggu. Bas yg dinanti akhirnya sampai juga. Naik pecah implan duduk kt tempat duduk besi bustop tuh. ahahaha~ Dgn tambg rm1 sje.Naik la rein bas rapid tuh sampai putrajaya central. xsampai pon 15minit sbnrnya.Tapi dh jadual bas camtuh. redha~ jela.Di jadikan cerita pulak lagi, smpai je terminal tuh rein trus pergi ke stesen ERL. First time naik tuh. Huhu. sambil berjalan anak2 ayam. Rein nampak banyak kelibat org ramai2 kua dr slah satu sudut ruang dgn beg2 tarik.
Adeh~ rupenya rein terlepas tren ERL pulak. Dimaklumkan oleh kakak jaga kaunter tiket tuh. ERL akn sampai setiap 22minit sekali. aduyai Kene tunggu lagi~


(Haha..disebabkn xde org.bole la berposing kejap~huhu)


Akhirnya, setelah lama menunggu. Sampai jugak ERL. Berlaku pekara lawak disitu, rein xtau pintu ERL tuh kene tekan button dulu.Haha dh kelam kabut punyer pasal tgk tren mcm nk bergerak. Adalah untie india nih dr dalam ERL tuh tlg tekankn button buka pintu tuh.Heheh. Dengan muka malu,masuk tren dgn selamba dan mengucapkan terima kasih pd untie tuh. Nasib baik dia paham rein baru first time naik.heheh..

(Jgn tanye picture ni sape yg snapkan.Untie tu~huhu)


Sampai jew ERL ke bandar tasik selatan. Rein pon turun untuk tukar tren naik komuter ke seremban pula.Adeh~ time nak naik ke jejantas melintas ke komuter plak. Rein nampak dr jauh, komuter ke seremban dah nak sampai. Apalagi, berlari r pergi beli tiket. Tengok plak kaunter tutup. Kene pulak beli tiket kt mesin.Dengan pantasnya rein nk beli tiket.Aduyaai~mesin tuh tolak plak duit kertas rm10 rein.Hampeh~ bg duit xnk. Komuter tu plak dh pun jalan. Selang beberapa minit.Nampak kelibat seseorang masuk ke dlm kaunter tiket. Hmm... . Rupenya ada org jaga kaunter tiket tuh. Tapi time rein nk beli tiket. Beliau ke tandas. Adeh~. Time rein la dia nk membuang.Nak dijadikan kisah~ kne tggu lagi setengah jam.Then akhirnya komuter pun sampai dan rein pon selamat smpi seremban tepat pukul11.30 malam. Kira-kira masa perjalanan rein dalam 4jam.perghhh...kalo naik keta. Lepas dr kampus g johor. ceh~

(Walaupun tension dgn apa yg dh berlaku.senyum la jugak~)


Walaupun banyak pekara yg telah terjadi. Rein menganggap semuanya adalah ujian dari tuhan pada rein malam tuh. Rein menerimanya dengan pemikiran positif (+ve). Apabila difikirkan semula, xdela teruk sgt. At least rein dapat tahu time table pengangkutan awam. So lepas nih, jikalau ada rezeki rein balik menggunakan transport awam (harap2 x). Kejadian ini xkan berlaku lg. Pengalaman membawa seribu pembelajaran dan seribu pegajaran.Alhamdulillah....

0 comments: