D'NGENDAP!!!

count webpage traffic


Officially a blogger since:
Sunday, February 22, 2009, 11:58 PM

Saturday, July 25, 2009

"Al-fatihah buat YASMIN AHMAD..:'("



Bismillahhirrahmannirrahim...

Malam td sedang rein asyik leka main internet.Rein dapat 1 berita dr kawan myspace rein (Azim Summer Love). Dia beritahu yg pemergian seorang "Insan yg Unik" bagi rein.iaitu Yasmin Ahmad. Rein meminati beliau kerana hasil kerja dan idea yg cuba disampaikan penuh makna tersurat dan tersirat. Beliau juga mghasilkn filem yg juga dapat diiktiraf serta menang di peringkat Antarabangsa.Antara filemnya ialah spt SEPET,GUBRA,GUBRA,MUALAFF,MUKHSIN & TALENT TIME. Tak kurang hebat juga iklan TV yg dihasilkan nya sempena merdeka dan hari raya. Bagi rein dia seorang insan yg betul2 memahami erti KEHIDUPAN lalu menyampaikannya dlm semua hasil kerja filem dan pengiklanan.

Rein dapat tahu bahawa beliau sudah lebih 2 hari berada dalam koma akibat serangan strok dan pendarahan dalam otak, pengarah filem handalan, Yasmin Ahmad, 51, akhirnya menghembuskan nafas terakhir di Pusat Perubatan Pakar Damansara di sini, jam 11.25 malam tadi, Sabtu.Yasmin meninggal akibat pendarahan yang terlalu banyak pada otaknya.Jenazah arwah pula akan dimandikan dan disembahyangkan di sebuah masjid di SS19. Kalau tiadal aral melintang jenazah arwah akan dikebumikan sebelum waktu Zuhur.

Allahyarham Yasmin sebelum ini telah rebah akibat serangan strok di Sri Pentas, TV3, di Bandar Utama, kira-kira jam 3.10 petang pada Khamis, 23 Julai lalu. Ketika itu beliau sedang membuat pembentangan kertas kerja untuk satu projek terbaru di depan kakitangan pengurusan TV3 dan juga penyanyi terkenal, Dato' Siti Nurhaliza dan suaminya, Datuk Khalid Mohd Jiwa.

Beberapa jam selepas dimasukkkan ke pusat perubatan itu, Allahyarham telah menjalani pembedahan pada bahagian otak dan terus berada dalam keadaan kritikal sehingga ke detik akhir.

REIN mengucapkan takziah kepada keluarga Allahyarham dan semoga Allah SWT mencucuri rahmat kepada roh Allahyarham. Al Fatihah.

1 comments:

Anonymous said...

Al~Fateeha~