D'NGENDAP!!!

count webpage traffic


Officially a blogger since:
Sunday, February 22, 2009, 11:58 PM

Sunday, July 26, 2009

Ciri-Ciri Seorg Kawan yg best bg REIN

Bismillahhirrahmannirrahim..

kali nih rein nk beri pandangan rein tentang ciri2 kawan

*Pilih orang yang mempunyai minat yang sama seperti anda supaya
anda mempunyai persamaan, tetapi jangan mengetepikan orang yang
langsung tidak mempunyai persamaan dengan anda, bersikap terbuka baik
untuk anda.

*Ingatlah pada satu pedoman penting iaitu berlaku baik terhadap
orang lain sebagaimana anda suka diperlakukan. Sekiranya anda
menghormati orang lain,orang lain akan menghormati anda juga.Sedarlah bahawa tiada siapa yang sempurna, setiap orang
mempunyai sifat-sifat aneh dan kecacatan, dan menerima kecacatan antara
satu sama lain adalah kunci persahabatan yang baik.

*Hargai pendapat satu sama lain.

*Sedarlah bahawa kawan yang rapat sekalipun tidak dapat bersama
24jam.

*Bina minat-minat yang lain dan jangan cemburu apabila kawan
anda mempunyai minat-minat yang lain juga.

*Komunikasi sangat penting, kawan anda tidak boleh membaca
fikiran anda.Sekiranya ada sesuatu yang menjejaskan persahabatan anda,beritahulah.
Jangan biarkan faktor luaran seperti tekanan(stress)menjejaskan persahabatan anda. Kawan yang baik akan membenarkan anda melepaskan perasaan kepada mereka, tetapi jangan hanya mempergunakan mereka untuk melepaskan perasaan ... dan sebagai balasan anda sepatutnya bersedia untuk mendengar luahan perasaan mereka pula.

*Belajar daripada satu sama lain.

*Jangan mengata di belakang kawan anda.

*Pilih kata-kata anda dengan bijaksana kerana anda tidak boleh menariknya kembali.

*Last skali Bersahabatlah dgn org yg dh baca blog rein ini then dia bgtau kawan2nya yg lain kerana dia seorang sahabat yang paling best.. naper? tak percaye ker? huhu~

0 comments: