D'NGENDAP!!!

count webpage traffic


Officially a blogger since:
Sunday, February 22, 2009, 11:58 PM

Sunday, April 5, 2009

KURSUS KAHWIN - DAYS 2 (last Day)

Bismillahhirrahmannirrahim~

Seperti yg sedia maklum.Hari ini adalah hari ke-2 dan hari terakhir rein menghadiri kursus pra-perkahwinan.Seawal pagi pukul7.30 rein sudah bangun utk bersiap pergi ke kursus.Sampai saja di dewan kuliah pada pukul8.45. Rein mengambil tempat duduk rein yg semalam dan ceramah yg pertama utk pagi yang indah nih adalah

Sesi 5 & 6:Pengurusan Kewangan & Komunikasi Berkesan Suami Isteri.

Ceramah ini disampaikan oleh Ustaz Mohd Hidayat.Beliau adalah Pen.Peg.Hal Ehwal Islam PAID Gombak Timur.Isi-isi ceramah yg disamapaikan ialah pengurusan masa,kesan pengurusan kewangan bersama,langakah-langkah dan bagaimana menghidupkan komunikasi yg baik antara suami isteri.Hahah.Bab yg last tu rein bersemangat sikit..:P

Sesi 7: Kesihatan
kalau dah tengok tajuk tentulah Ceramah tentang kesihatan.ia disamapaikan oleh En.Safruddin dr Pegawai Kesihatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah Klang.Ceramah ini banyak mendedahkan rein bertapa bahayanya seks bebas sebelum kahwin.Juga memberi contoh2 penyakit kelamin.Ngeri~ rein tgk gambar2nya.Juga part yg paling rein xkelip mata melihat ialah dia memberi tayangan bagaimana melahirkan bayi yg NORMAL,SONGSANG dan melalui OPERATE.Hm..Insaf rein seketika.terbayang mcmana la mama rein melahirkan rein serta 7 lagi anaknya.adeh~.Tapi best,ia buatkan rein rasa nak bersama dgn isteri rein apabila nk melahirkan anak nnt.amin~(huhu~ berangan)

Sesi 8: Penceraian,Pengurusan Talak,Takliq dan Prosedur Penceraian
Ceramah yg terakhir nih pula,Disampaikan oleh Ustaz zainal Abidin.beliau adalah Pen.Peg Hal Ehwal Islam Bahagian undang undang keluarga JAIS.Ceramah nie menerangkan pada rein Tentang Talak,jenis2 lafaz talak,jenis2 talak,fasakh prosedur penceraian,hak penjagaan anak2 dan byk lagi.


KESIMPULANNYA:
Perkahwinan itu bukanlah semudah yg kita sangka.Bukan sekadar fikir nak buat anak sahaja.tetapi banyak tanggungjawap yg perlu kita pikul selepas berkahwin baik suami mahupun si isteri.Memerlukan perancangan yg teliti dan jitu.Apa yg penting KERJASAMA!!(ada betulnya lagu wonderpet tuh..huhu).Tapi yang pasti dan semestinya..
rein sudah pun ada sijil.So kurang la salah satu beban rein pada masa akan dtg.Xperlu utk mengambil kursus lagi.Cume pergi buat Ujian saringan HIV dan isi borang kahwin.Duit hantaran dan perbelanjaan kahwin kne fikir jugak.huhu~.bukan senang nak sara anak orang oiiiiiii~ :P

p/s
Rein bangga dan hargai sgt2 bila melihat seorang gadis yg juga student kt kampus jgk.Rein ingatkan dia plajar foreigner dr indonesia.tetapi setelah kaji selidik.Dia gadis dr sabah.Walaupun bukan beragama islam.tetapi berminat utk sertai kursus kahwin nih.Rein xtahulah jika ia dtg berpasangan.Kalo ia dtg berpasangan.Alhamdulillah~harap lelaki tuh dapat membimbing dia sepenuhnya.Rein mendoakan kebahagiaan beliau juga pasangannya..

2 comments:

epullani said...

huuu... best nye da g kursus kawen..
aku pon nak g gak la...
nh y nak daftar nh..
naseb bek UniKL de uat gak...
huhuhuhuuh
best x...?

~Rein~ said...

Best giler..
ko dh baca blog ni mesti ko dpt rase...
hahah..
pakat rmi2 pergi amik smntara masa ada nih..